Pengertian Wasiat:-
wasiat merupakan satu instrumen yang anda boleh gunakan untuk mengagihkan harta pusaka anda untuk ahli-ahli keluarga tersayang setelah pemergian anda.Wasiat anda menyatakan dengan jelas siapa yang mewarisi aset-aset anda dan syarat-syarat yang perlu dipenuhi sebelum mereka mewarisi aset-aset anda.
Faedah-faedah Mempunyai Wasiat
- Perisytiharan 'Harta Sepencarian' (terhad kepada maksimum 50% daripada sejumlah harta pusaka)
- Membolehkan pembahagian sehingga 1/3 daripada harta pusaka kepada waris bukan faraid.Ini termasuk cucu,anak angkat,ibu-bapa/anak-anak/ahli keluarga Bukan Islam atau pertubuhan-pertubuhan amal.
- Dengan persetujuan semua waris anda , anda dibenarkan untuk memberi hadiah kepada waris tertentu menurut kehendak anda.
- Berkeupayaan untuk melantik Wasi dan Pemegang Amanah pilihan anda untuk menguruskan dan membahagikan harta pusaka; dan Penjaga untuk bertindak sebagai penjaga anak-anak anda yang di bawah umur atau anak-anak yang kurang upaya
- meminimumkan formaliti perundangan dan perbelanjaan dengan pentadbiran & pembahagian harta yangcekap selepas seseorang meningal dunia
- Boleh mengarahkan /meninggalkan pesanan untuk orang-orang tertentu dan dikecualikan daripada keperluan untuk menyediakan Bon Pentadbiran