Apa itu Dana Unit Amanah Berlandaskan Syariah?
- Skim kolektif pelaburan yang berlandaskan Syariah
- Menawarkan peluang kepada para pelabur untuk melabur dalam sebuah portfolio pelbagai instrumen pasaran modal islam
- Diurusoleh pengurus dana profesional mengikut kehendak Syariah
- Jawatankuasa Syariah atau Penasihat Syariah yang dilantik akan memastikan operasi dan perlaburan dana-dana adalah mengikut kehendak syariah
- Dana Ekuiti Islam merupakan dana yang akan melabur terutamany dalam saham-saham patuh syariah di pasaran asing dan / atau tempatan bai mencapai pertumbuhan modal untuk pemegang-pemegang unit
- Lingkungan:Dari pelaburan Ekuiti patuh syariah tempatan sehingga ke negara-negara asing, dari saham-saham mewah ke syarikat-syarikat lebih kecil dan saham-saham sektor tertentu
- Sesuai untuk para pelabur bersifat sederhana hingga agresif dalam menerima risiko dan ganjaran serta boleh menangani situasi pasaran yang turun-naik untuk jangka masa panjang bagi mencapai pertumbuhan modal
Dana Seimbang Islam
- Dana seimbang Islam merupakan dana yang berfokus kepada mencapai keseimbangan diantara pendapatan jangka panjang dan pertumbuhan modal dengan melabur sebahagiannya dalam saham-saham patuh syariah dan sebahagian lagi dalam sukuk seperti sukuk berdaulat, sukuk korprat, dan instrumen-instrumen pasaran wang Islam
- Lingkungan :Dari perlaburan tempatan ke negara-negara asing.
- Perlindungan takaful percuma ditawarkan .Tertakluk kepada syarat dan peraturan
- sesuai untuk para pelabur yang bersifat kkonservatif hingga sederhana dalam menerima risiko dan ganjaran serta ingin menerima pendapatan dengan pertumbuhan modal yang sederhana
Dana sukuk
- dana sukuk merupakan dana yang melabur terutamanya dalam sukuk seperti sukuk berdaulat , sukuk korprat dan instrumen-instrumen pasaran wang Islam untuk memperolehi dan mengagihkan pendapatan tahunan kepada pemegang-pemegang unit.
- Lingkungan:Pelaburan tempatan
- Sesuai untuk para pelabur yang bersifat konservatif hingga sederhana dalam menerima risiko dan ganjaran serta ingin menikmati kestabilan pendapatan tahunan dengan modal yang agak selamat
Dana PasaranWang Islam
- Dana pasaran wang Islam merupakan dana yang melabur terutamanya dalam instrumen-instrumen pasaran wang Islam berjangka pendek dan sukuk berjangka pendek bagi memperolehi dan mengagihkan pendapatan tahunan kepada pemegang-pemegang unit.
- Lingkungan :PelaburanTempatan
- Sesuai untuk para pelabur yang bersifat konservatif dalam menerima risiko dan ganjaran
- Dana ini juga sesuai untuk pelabur-pelabur ekuiti , seimbang dan bon yang ingin melabur wang mereka pada jangka pendek apabila berlakunya perubahan dalam matlamat kewangan ,situasi pasaran atau ingin memperolehi keuntungan