Apakah-kesan-kesan Inflasi?

Inflasi boleh dianggap sebagi perkembangan ekonomi yang biasa selagi peratusan tahunan masih rendah.Namun begitu, inflasi boleh menyebabkan krisis apabila peratusan itu meningkat lebih daripada peringkat yang telah ditetapkan.Cara yang paling nyata ia menjejaskan kewangan peribadi anda adalah dengan mengurangkan kuasa membeli anda.Anda akan mendapati harga produk dan perkhidmatan setiap hari meningkat dan kos pinjaman menjadi lebih tinggi kerana kadar faedah turut menaik.

Contoh:- Pada tahun 1978( 30tahun dahulu) rm 300.00 boleh membeli barangan runcit satu bulan untuk keluarga berempat orang.

pada tahun 2008, rm 300.00 boleh membeli barangan runcit seminggu untuk keluarga berempat orang.

pada tahun 2028 (20 tahun kemudian) rm 300.00 mungkin hanya boleh membeli barangan runcit dua hari untuk keluarga berempat orang.





Dengan memahami perbezaan diantara pulangan benar, anda akan dapat melihat kesan inflasi pada wang anda . pulangan nominal merujuk kepada kadar pertumbuhan wang anda manakala pulangan benar ialah pertumbuhan kuasa membeli anda, iaitu pulangan nominal menolak kadar inflasi.Oleh demikian wang yang disimpan didalam simpanan tetap akan mengurang nilainya disebabkan kesan penghakisan inflasi

Contoh:-

kadar simpanan tetap 12 bulan =4%
kadar inflasi (peringkat peribadi) = 6%
pulangan benar daripada pelaburan = 4%-6% = -2%