Inflasi :: Ancaman Yang Senyap

Mengetahui sebab-sebab dan kesan-kesan inflasi dan belajar bagaimana menagatasinya

Senario:-
Kira-kira 30 tahun yang lalu, sepinggan nasi lemak berharga kurang daripada rm 1.00. Hari ini , ia telah naik sehingga rm5.00, jadi jangan terkejut untuk membayar lebih daripada rm 10.00 untuk sarapan pagi anda dalam dekad yang akan datang!!! Ini hanyalah akibat inflasi!! Seperti kuasa kadar pulangan berganda, inflasi berganda boleh memberi kesan buruk kepada taraf hidup anda sekiranya ia tidak diawasi .Namun begitu , apakah sebab-sebab fenomena ini dan bagaimanakah kita boleh mengatasinya?



Apakah Inflasi?
Inflasi ditakrifkan sebagai peningkatan beransur-ansur dalam paras harga umum untuk produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan , dan ia diukur sebagai peningkatan dalam peratusan tahunan.Sekiranya inflasi menaik, setiap ringgit yang anda miliki akan membeli peratus yang lebih kecil bagi sesuatu produk atau perkhidmatan.Dengan kata lain, terdapat kemorosotan dalam kuasa membeli anda .Sebagai contoh, dari segi teori secawan teh tarik berharga rm1.00 akan berharga rm1.05 selepas setahun jika kadar inflasi bagi tempoh itu ialah 5 peratus.
Apakah Indeks Harga Pengguna (IHP)
Indeks harga pengguna (IHP) mengukur perubahan peratusan dalam kos bagi sekumpulan pengguna khusus (60% bandar dan,40% luar bandar) untk membeli satu 'bakul' tersebut dapat dikumpulkan kepada berikut:-

  • Makanan dan minuman tidak beralkohol
  • minuman beralkohol dan tembakau
  • pakaian dan kasut
  • perumahan, bekalan air, bekalan eletrik , gas dan bahan api lain
  • Perabot , peralatan isirumah , rutin penyelengraan isirumah
  • kesihatan
  • pengangkutan
  • komunikasi
  • perkhidmatan-perkhidmatan rekreaksi dan budaya
  • pendidikan
  • restoran-restoran dan hotel-hotel
  • pelbagai barangan dan perkhidmatan
Bagaimanapun, anda harus menegtahui bahawa IHP adalah purata statistik dan mungkin tidak mengambarkan kadar inflasi anda, terutamanya apabila corak perbelanjaan anda banyak berbeza daripada pengguna untuk penduduk-penduduk bandar adalah dua kali atau lebih tinggi daripada kadar inflasi peringkat kebangsaan

Apakah sebab-sebab Berlakunya inflasi ?

1. Permintaan tinggi , bekalan rendah
jikalau permintaan meningkat lebih cepat daripada bekalan produk dan perkhidmatan , harga barangan terpaksa naik. juga dikenali sebagi inflasi tarikan permintaan , ia biasanya berlaku di ekonomi bertumbuh dimana terdapat "terlalu banyak wang mengejar terlalu sikit baragan"

2. Peningkatan dalam kos penegluaran
Apabila harga bahan mentah naik , kos pengeluaran akan meningkat. ini akan menyebabkan syarikat-syarikat menaikkan harga untuk menegkalkan margin keuntungan . ini juga berlaku apabila pekerja-pekerja meminta gaji yang lebih tinggi kerana syarikat-syarikat biasanya memindah kos-kos ini kepada pengguna-pengguna.