Innalillah...

 assalamualaikum,..

aku simpati kepada kawan lama aku yang stay kat penang.. aku dapat tahu arwah sudahpun meninggal dunia.arwah meninggal dunia akibat penyakit leukimia.af-fatihah. selama setahun arwah sakit leukimia...

aku ingin seru kepada kawan-kawan yang kat luar sana.. yang masih belum ada insuran nyawa atau simpanan sila la buat sebelum terlewat.. mungkin ramai tak faham kenapa tetiba aku seru untuk buat pengurusan wang .. aku kasihan dan simpati pada balu yang ditinggalkan. aku bukan nk komersialkan blog ni.. tapi seandainya ada yang membaca..carilah agent yang bertauliah untuk menguruskan apa yang patut..

aku buat kajian,..tak ramai yang buat wasiat,..ramai yang pikir wasiat tu tak penting .. pasal faraaid .. adalah jalan terakhir untuk selesaikan pembahagian harta. tapi untuk nk sampai ke faraaid bukan lah langkah atau masa yang singkat..

Cuba kaji sendiri.. kwsp banyak mana lah sangat.. cukup ka nk guna lepas pension?

labur dengan KWSP

 

More people taking out EPF funds to invest

KUALA LUMPUR: A total of RM7.6 billion was withdrawn from the Employees Provident Fund by contributors in the first three months of this year compared with RM6.54 billion during the same period last year.
The number of withdrawals during the period this year was 415,706 compared with 326,612 last year.

EPF chief executive officer Tan Sri Azlan Zainol said the increase in withdrawals showed that more members were choosing to invest part of their savings in approved investment instruments.

He said the number of members who were using the EPF Kiosks to retrieve their account statements had also gone up from 1,177,000 in the first quarter of last year to 1,760,000 in the same period this year. 
"Service excellence and satisfaction today is closely related to the level of convenience an organisation is able to extend to its customers and members.

"The introduction of the EPF Kiosks and online services fulfil this expectation," Azlan said in a statement yesterday.
In the first quarter of the year, the EPF also recorded a 51.24 per cent increase in applications from members who opted for Felxible Age 55 Withdrawals as opposed to Lump Sum Withdrawals.

"A total of 22,488 applications were received compared with 14,869 in the first three months of last year.

"The growing number reflects members' awareness on the significance of stretching their savings throughout their retirement years and also their growing concern that lump sum withdrawal will likely result in income inadequacy during the period."


Apakah tindakan kita sekarang?
sudahkah persiapan dilakukan?

 Pakej Kut Umrah yang julung-julung kali diadakan untuk memberi kemudahan kepada golongan yang berpendapatan rendah dan golongan yang tidak berkemampuan untuk mengerjakan Umrah. KUT UMRAH adalah kut yang bertujuan untuk membatu ahli-ahlinya menyelesaikan permasalahan.

Objektif
1. Konsep bantu membantu sesama Islam
2. Mempercepatkan hasrat atau cita-cita ke Tanah Suci
3. Memberi peluang membuat kebaikan
4. Ganjaran pahala diberikan oleh Allah s.w.t untuk mencapai hasrat atau cita-cita umat Islam dan menambahkan lagi ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t.
5. Merapatkan lagi hubungan silaturrahim (persaudaraan) di antara ahli-ahli.

Kaedah
Perlaksanaan kut kaedah percaya dan redha untuk beribadat kepada Allah s.w.t.
1. Setiap keahlian Pakej Kut Umrah adalah dikenakan bayaran pendaftaran RM10 seorang.
2. Setiap ahli akan menyumbangkan bayaran sebanyak RM100 setiap bulan sebagai ansuran selamat 50 bulan.
3. Setiap bayaran akan dikeluarkan resit rasmi sebagai bukti bayaran.
4. Semua wang yang dikumpul akan dipegang oleh seorang bendahari (Pemegang Amanah).
5. Bendahari akan menyimpan wang di dalam akaun bank yang dibenarkan oleh syarak.
6. Mana-mana ahli yang telah menbayar ansuran kut sebanyak 12 kali layak untuk dicalonkan untuk mengerjakan umrah.
7. Pemilihan calon yang akan pergi adalah berdasarkan kepada keutamaan atau undian.
8. Setiap ahli akan membantu ahli yang pergi mengerjakan Umrah dan ahli tersebut pula akan dibantu ketika ia mengerjakan umrah.
9. Seseorang ahli yang telah meninggal dunia bolehlah digantikan oleh mana-mana seorang waris dengan syarat mendapat persetujuan seua ahli waris atau wang tersebut dikembalikan kepada warisnya mengikut hukum syarak.
10. Urusan membuat passport akan ditanggung sendiri oleh ahli kut manakala urusan visa akan diuruskan oleh pakej yang dilantik.
11. Ahli yang bersetuju untuk pergi umrah tidak boleh membatalkan pemergian pada saat-saat akhir.

Syarat-Syarat Penyertaan
1. Program Pakej Kut Umrah adalah terbuka kepada semua orang Islam yang berminat.
2. Keutamaan adalah kepada mereka yang tinggal di Pulau Pinang.
3. Pemohon adalah seorang yang mempunyai pendapatan tetap atau mempunyai sumber kewangan.
4. Sumbangan secara ansuran hendaklah daripada sumber yang bersih dan halal sahaja.
5. Pemohon hendaklah bersetuju untuk membuat akujanji atau bai’ah untuk saling membantu sesama ahli.
6. Pemohon hendaklah seorang yang mampu untuk menjelaskan ansuran kut selama 50 bulan.
7. Pihak pakej berhak menolak keahlian mana-mana ahli, sekiranya didapati tidak amanah.
8. Mana-mana ahli yang diberhentikan akan dipulangkan bayaran sekiranya belum mengerjakan umrah atau diarahkan bayaran kut sepenuhnya sekiranya telah pergi menunaikan umrah.
9. Penyertaan bolehlah melalui borang di bawah

Penutup
Semoga program yang cuba diketengahkan di kalangan masyarakat ini mendapat perhatian dan sambutan dari kalangan orang-orang Islam, mudah-mudahan usaha kecil ini sedikit sebanyak dapat membantu sesama kita untuk saling beribadah kepada Allah s.w.t.
Demi menguatkan lagi struktur syarikat dan pakej kut umrah ini, pihak syarikat telah mendapatkan pengesahan samada pakej kut umrah yang ditawarkan oleh Safariharamain Travel & Tours Sdn.Bhd adalah tidak sama sekali bercanggah dengan ajaran Islam. Bagi menyokong lagi kata-kata diatas adalah seperti dibawah. Ini adalah pengesahan daripada Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang.

Malang tidak berbau

Soalan yang aku selalu trigger buat kawan sebangsa aku..
Kita masih kuat dan mampu bekerja..andai satu hari ditimpa musibah..apakah kita mampu survive..?
Jawapan:itu qada dan qodar..(sokso kan ada) senyum sinis kepada aku..
Lagi soalan aku tanya..
Anda bekerja ..buat simpanan?
jawapan:ada ..ada simpan kat asb..mebeng..cimb..banyak la jugak ..(heheh)
soalan terakhir:
Epf dah ada berapa banyak..?kan dah lama kerja..boleh la masuk mutual funds
jawapan:dengan bangga..epf dah habes kuar dah...

Aku..cuma tersentap..bukan tak close sale.tapi aku cuma bandingkan jawapan yang aku dapat ni dengan survey yang aku buat kat konpeni mnc..

Aku nk try educate ppl tentang financial management..bukan nya aku suh amik pelan yang aku syorkan..kalau setuju amik itu dah kira bonus..

Banyak aku baca dalam buku..internet.yang lepas bersara..hidup lebih merana..aku selalu refer kat sini kclau.com.. Ustaz zaharuddin.net

Buka la mata..bukala minda..merdeka minda..merdeka wang

Skrip masyarakat

A: saya nak promote kita kembangkan epf dgn cara kita masukkan pelaburan..lebih tinggi pulangan.
B:owh ye ke..
A:dengan epf hari tua kita buleh guna duit hari ini yang kita laburkan.
B:saya tak nak usik duit epf saya.
A:ubah bukan usik..ubah ke medium yg buleh menguntungkan..
B: owh tak pe tq jer..

Selepas 2 jam orang lain pulak..

encik saya syorkan encik melabur dgn guna epf...kita ubah bentuk pelaburan sahaja.. Hambar...tak pe saya dah plan lain..

Lepas sejam..chat kawan lama

A:Hi..saya nak promote medical kad dan unit trust.
C:saya ada 2life insurance 1unit trust dan tabung pendidikan untuk anak saya..

Saya terkejut..survey ramai yg menolak..tapi tak pe benda yng baik lagi bagus memang amik masa..

jamuan hari raya

wikend lepas, buat la makan-makan kat rumah ..jemput kawan-kawan datang rumah makan..ader la sedikit jamuan...rancak sembang macam-macam la gelagat anak-anak yang datang kat rumah..excited..nervous semua ada.,..pastu kawan husband pun ramai jugak yang bertandang..seronok melayan tetamu,.. pelbagai topik yang dibicarakan..
tapi yang pasti ade satu kesah yang bagi aku mengalir air mata,.. ini kisahnya.
kawan kepada suami bercerita tentang kenalan rapatnya begini ceritanya;kisah benar.
aminah (bukan nama sebenar) dan ahmad (bukan nama sebenar) bercinta dan niat untuk mendirikan rumah tangga..selepas itu dalam masa yang singkat itu mereka dikurniakan cahaya mata,..anak itu lahir pramatang..alhamdulillah cukup sifat sempurna.pasangan ini berkahwin hanya 2 tahun sahaja.dalam masa singkat ini ahmad jatuh sakit,.bawak ke spital masuk ke unit rawatan rapi,.. masih tidak tahu apa punca sakit ahmad. amik air dari tulang sum-sum namun tidak juga menjumpai punca penyakit.... doktor buat surgeon amik sebelah tempurung kepala ahmad untuk siasat ..namun tiada berhasil apa yang dapat kepada ahmad bengkak muka. Allah lebih menyangi ahmad. ahmad menarik nafasnya yang terakhir pada hari lahir aminah.
bila aku amati cubaan yang Allah turunkan kepada aminah tak sanggup rasanya. namun aminah tabah menghadapinya.Kita hanya menrancang Allah yang menentukan segalanya.
Bagi aku,.. aku hanya boleh doakan yang terbaik untuk aminah.
Bagi yang kat luar sana sayangilah orang yang tersayang.sayang mereka bila ada sekrang jangan terlewat,.Bagi yang masih berkesempatan nak amik medikal kad,..atau apa2 wasiat untuk backup yang tersayang silakan selagi masih sempat.

sedutan Tanyalah Ustaz;
jadilah orang yang bila sudah tiada,dirindui,..dikenangi..
janganlah jadi bila sudah kita tiada,disyukuri,disukai dan lain-lain lagi.
peringatan ini untuk aku sendiri.
sekian coretan kali ini.

Merdeka...Merdeka..

Kesah merdeka kat spital...
Pagi tadi dengar radio..tentang merdeka.ada sorang caller bagitau..tentang anaknya lahir pada hari merdeka..okeyla tu..tapi tragedinya time nak lahirkan anak..bagitau doktor kata nak lahir dah baby ni..masalahnya doktor buat tatau..sekali akak ni terberanak sewaktu berdiri mendapatkan doktor..itupun dr. Tak caya lagi..apalagi dia pun selak kain..hah...tudia terkeluar sudah..
....
Haish...mujur ibu dan anak itu selamat..apa yang nk highlight kat sini tentang..kan baik kalau ade medikal kad..takaful puteri plus..
...

simpanan haji dan umrah

Haji dan umrah

simpanan minima rm 50(berdasarkan umur peserta)
lumpuh kekal,kanser,atau sakit jantung tetap dapat haji
Ajal tiba dahulu,kami bayarkan untuk badal haji
(dengan kerjasama TH Travel & Services sdn bhd

rukun islam ke 5 terlaksana
amal jariah berpanjangan
meninggal dunia..hutang langsai

apa tunggu lagi?
Anda mampu ,daftarlah dengan kami sekarang..

Kerjasama 3 syarikat
prubsn takaful+Tabung haji+Amanah raya berhad

Kelebihan skim ini adalah:
1) ada simpanan
2) ada manfaat penyakit kritikal
3) ada manfaat kematian/ lumpuh kekal
4) ada upah haji percuma
nak tahu lebih lanjut emailkan kepada saya:
nurprubsn@gmail.com

statistik muflis di Malaysia

Mengapa kita dilanda muflis?
belum sempat menabung?
seribu soalan yang berlegar-legar untuk kita kenapa dilanda muflis..

Bilangan Kes Kebankrapan Yang Didaftarkan Bagi Suku Pertama Tahun 2009 dan 2010

jadi apakah tindakan kita untuk mengelak dari dibelenggu muflis?

>>

Berita : Mahirkan diri urus hutang


SYAIFUL AZLAN SURAZI merupakan salah seorang pengguna kad kredit yang bebas daripada belenggu hutang selepas mendapat khidmat AKPK.

PINJAMAN peribadi dan kad kredit begitu sinonim dengan kehidupan masyarakat hari ini. Amalan mengambil pinjaman peribadi atau menggunakan kad kredit sebenarnya tidak lebih daripada berhutang yang bunyi hutang mungkin tidak sedap didengar.

Tidak bijak menguruskan kewangan dengan meminjam dan menggunakan kad kredit yang melebihi kemampuan boleh menyebabkan seseorang itu menjadi muflis.

Menurut Pengarah Komunikasi Kumpulan, Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman, rakyat negara ini seharusnya mengikis tabiat berhutang dan liat membayar hutang agar tidak terus menjadi satu budaya.

Katanya, rakyat negara ini perlu diberi kesedaran dan kemahiran mengurus kewangan termasuk hutang. Tambahan sekarang, institusi kewangan itu sendiri menggalakkan orang berhutang termasuk memberi kemudahan kad kredit.

“Ada institusi kewangan yang begitu mudah menawarkan pinjaman kepada pemegang akaun mereka walaupun tidak diminta. Bagi yang mudah terpengaruh, akan menerima tawaran tersebut dan akhirnya terjebak dengan hutang yang tidak berkesudahan,” tegas Mohd. Yusof.

Katanya, Bank Negara Malaysia (BNM) perlu memantau kegiatan institusi kewangan seperti itu kerana ia adalah amalan yang tidak sihat lantaran secara terang-terangan menggalakkan orang berhutang.

Pada masa yang sama kerajaan dilihat turut tegas mengambil langkah memerangi kegiatan ah long atau ceti haram kerana ia adalah antara punca mudah berhutang.

Mohd. Yusof lalu merujuk kepada satu kenyataan BNM apabila sehingga akhir November 2010, hutang isi rumah mencecah sebanyak RM577 bilion.

Daripada jumlah tersebut, RM118 bilion adalah pinjaman kereta, RM22 bilion pinjaman peribadi dan RM225 bilion pula pinjaman perumahan.

Risiko muflis

Risiko diisytihar muflis atau bankrap. Ini yang perlu difikirkan oleh mereka yang begitu mudah mengambil pinjaman peribadi dengan institusi kewangan.

Sekiranya orang yang berhutang gagal menjelaskan ansuran pinjaman tersebut dua kali berturut-turut, institusi kewangan menghantar notis kepada si berhutang, katanya.

Tambahnya, jika jumlahnya melebihi RM30,000, institusi kewangan boleh mengambil tindakan untuk mengisytiharkan seseorang itu sebagai muflis!

Beliau merujuk kepada statistik kes muflis Jabatan Insolvensi Malaysia bagi tempoh 2005 hingga Mei 2010 di mana seramai 80,348 orang disenarai muflis.

Sebab muflis

Sebab-sebab kebankrapan yang disenarai adalah hutang cukai pendapatan, hutang kad kad kredit, hutang pinjaman perniagaan, sewa beli kenderaan, pinjaman perumahan, penjamin korporat, penjamin sosial, biasiswa/pinjaman pelajaran dan keberhutangan yang lain.

Statistik daripada sumber yang sama menunjukkan sebab kebankrapan utama adalah keberhutangan yang lain (29.05 peratus), diikuti sewa beli kenderaan (24.12 peratus), hutang pinjaman perniagaan (10.93 peratus), pinjaman perumahan (7.49 peratus) dan hutang kad kredit (5.50 peratus).

Dari segi bangsa, statistik Jabatan Insolvensi Malaysia bagi tempoh yang dikaji menunjukkan paling ramai muflis ialah Melayu 39.76 peratus diikuti Cina 33.36 peratus, India 9.53 peratus sementara lain-lain 17.34 peratus.

Memang pantau


KEGAGALAN melunaskan hutang ah long mengancam keamanan hidup dan keselamatan nyawa seseorang peminjam.


Menurut Mohd. Yusof, FOMCA memang dari semasa ke semasa memantau sikap suka berhutang dan ia merangkumi semua peringkat masyarakat dan kaum. Pemantauan itu dilaksanakan susulan daripada program pengurusan kewangan dengan BNM oleh Fomca, yang bermula Jun 2010 hingga April ini.

“Data berkaitan kadar pinjaman dan hutang rakyat Malaysia digunakan semasa program pengurusan kewangan untuk memberikan kesedaran kepada peserta tentang tabiat buruk berhutang. Selain itu, FOMCA dengan kerjasama Bank Negara sedang menerbitkan buletin Ringgit secara bulanan.

“Buletin ini memuatkan rencana mengenai pengurusan kewangan peribadi,” tambah Mohd Yusof.

Mohd. Yusof berkata, memang ada agensi dan badan bukan kerajaan mengadakan program pengurusan kewangan bagi golongan muda dan dewasa.

Pihak berkenaan termasuk Bank Negara Malaysia, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Suruhanjaya Sekuriti melalui Securities Industry Development Corporation dan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM).

Bagi mengelakkan pertindanan dari segi sasaran program dan bagi menyelaraskan program pengurusan kewangan, FOMCA menurut Mohd. Yusof, telah mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Pendidikan Kewangan Kebangsaan (SPKK).

Suruhanjaya tersebut, katanya perlu memberi tumpuan kepada empat fungsi utama iaitu membina kesedaran awam terharap sumber sedia ada, membangunkan strategi penyebaran maklumat dan mengikut golongan sasar.

Tidak ketinggalan SPKK perlu mewujudkan kerjasama antara sektor awam dan sektor swasta serta akhir sekali melakukan kajian dan penilaian terhadap program pendidikan kewangan.

SPKK juga perlu mengkoordinasi semua program pendidikan pengurusan kewangan semua agensi untuk meminimumkan sebarang pertindanan dan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan.

Di samping itu, ia juga perlu membangunkan satu strategi nasional untuk mempromosi pendidikan pengurusan kewangan untuk semua rakyat Malaysia dan membangunkan satu laman web pendidikan peringkat kebangsaan untuk membekal maklumat tentang pendidikan pengurusan kewangan.

“Ia juga perlu mewujudkan satu talian tol bebas untuk orang ramai mendapatkan bahan yang berkaitan dengan pengurusan pendidikan kewangan,” kata Mohd. Yusof.

Dari segi mengurus hutang, beliau berkata ia mesti dikendalikan institusi kewangan yang dikawal selia oleh Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA).

Beliau menambah pengguna juga hendaklah dimaklumkan tentang semua caj dan sebarang caj yang melibatkan pengguna sebelum caj tersebut dikenakan.

“Dalam semua hal, pengguna perlu dilindungi oleh Bank Negara dan semua kontrak hendaklah ditulis dengan menggunakan bahasa yang mudah dan boleh difahami,” katanya.

Pada masa yang sama, Mohd. Yusof berkata, masyarakat juga perlu diberi pendedahan tentang beberapa instrumen simpanan dan pelaburan yang ada untuk keperluan masa depan termasuk untuk kecemasan.

Pakej simpanan yang perlu diberi pendedahan ialah simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tabung Haji, insurans hayat/takaful (termasuk yang menyediakan pakej simpanan) serta amanah saham.

Beliau turut menyarankan supaya pelaburan terhadap emas perlu diberi pertimbangan memandangkan pada masa ini harga emas semakin meningkat, selain nilainya yang stabil. – Bernama

sumber