Wasiat

Adakah anda salah seorang yang berfikir begini?

Kebanyakkan orang menyangkakan hartanya
akan diagih secara terus kepada yang tersayang
apabila mereka tiada lagi.













Bila seseorang meninggal dunia,semua asetnya akan dibekukan....




Untuk mencairkan Harta :-
a) Perintah Mahkamah Lebih rm 2 Juta
b) Harta Pusaka Kecil kurang rm 2 Juta

Perintah Mahkamah
a) Probet ( berwasiat )
b) Surat berkuasa Mentadbir (tiada wasiat )

Mutual Care2



Insurance is an integral part of financial planning. It is necessary to have adequate insurance coverage to ensure that you are protected against unforeseen circumstances.


Public Mutual offers exclusively to its unitholders the following insurance plans :-

Free Insurance
  • Public Balanced Fund
  • Mutual Gold
  • PB Balanced Fund
  • Public Ittikal Free Takaful Coverage
  • Public Islamic Balanced Fund Free Takaful Coverage
  • Public Global Balanced Fund Free Insurance
  • Public Far-East Balanced Fund Free Insurance
  • Public Islamic Asia Balanced Fund Free Insurance
  • PB Asia Real Estate Income Fund
Special Insurance Scheme
  • Group Term Life and Personal Accident Insurance
  • PremierPlus Life Plan (PPLP)
  • Mutual Life Plus 2
  • Mutual Care2



Mutual Gold



























Memperkenalkan MUTUAL GOLD perkhidmatan keutamaan kami yang memberikan anda manfaat dan keistimewaan yang meluas,.

kadar inflasi















Sekiranya menyimpan wang di bawah bantal dalam masa 10 tahun, 10,000 akan mengecut kepada6,765.
Sekiranya dibiarkan 30 tahun, ia mengecut hanya sekitar 3,000 sahaja.
Sekiranya mahu melawan INFLASI, perlu cari akaun yang sesuai bagi melabur dengan pulangan sekurang-kurangnya dua kali kadar inflasi.Produk yang sesuai adalah UNIT AMANAH jenis dana pertumbuhan

Cara-cara mengelak hutang


Apabila anda susah bebas berhutang, adalah amat sukar untuk tidak meminjam semula.Anda mesti terus berdisipli dan mengamalkan tabiat-tabiat yang baik.
Berikut adalah beberapa caranya :-

  1. Jangan membeli sesuatu yang anda TIDAK PERLU.Jika anda tidak pasti,tunggu beberapa minggu dan lihat adakah anda masih memerlukannya
  2. Membuat belian anda dengan wang tunai atau kad debit.Hanya menggunakan kad kredit anda jika akan membayar penuh baki setiap bulan.
  3. Memulakan satu rancangan simpanan dengan menyimpan sejumlah wang setiap bulan untuk sesuatu yang diingini.Jangan membeli sesuatu yang anda tidak mampu.Bak kata pepatah "Kepuasan tertangguh adalah kunci mencapai kematangan kewangan"
  4. Menggunakan senarai membeli-belah dan patuh kepadanya.
  5. Mengkaji semula pendapatan-perbelanjaan tetap untuk memperolehi pendapatan yang lebih tinggi daripada perbelanjaan dan selalu mencari cara untuk memaksimumkan rezeki anda

5 Prinsip menangani hutang


Berikut adalah 5 prinsip menangani hutang-hutang untuk menjadi panduan anda:

1->Menganggap semua bayaran bulanan anda sebagai satu bayaran tungal besar
Bermula dengan mengenal pasti semua tangunggan kewangan anda dan menghitung jumlah yang anda perlu bayar setiap bulan.Buat satu belanjawan bagi bawa pulang anda untuk membayar jumlah yang sama setiap bulan dan mengubahsuai peruntukan apabila keadaan bertukar dan beberapa hutang telah habis dibayar.

2-> Sekiranya terdapat pinjaman yang hanya dikenakan bayaran minimum, selalu cuba membayar sebanyak mungkin pada pinjaman yang paling kecil
Membayar habis pinjaman dengan baki terendah diikuti dengan baki terendah yang berikut sehingga semua hutang habis dibayar,Juga dikenali sebagai kaedah "bola salji hutang" ia akan membantu anda mengurangkan jumlah hutang tertunggak dengan berkesan.Sementara itu, ia juga memberi perasaan kejayaan apabila anda mengahapuskan hutang satu demi satu.

3->Jika anda boleh menunda membuat pembayaran untuk apa-apa pinjaman, tundakan pinjaman dengan kadar faedah terendah
Selain daripada menumpukan perhatian pada hutang dengan baki terendah, anda mungkin ingin membayar habis pinjaman yang menenanggung kadar faedah tertinggi.ini akan membantu anda menjimat lebih pada jangka masa panjang kerana hutang-hutang anda akan bertambah dengan kadar cepat sekiranya tidak dibayar secepat mungkin disebabkan caj faedah.

4-> Bandingkan pakej-pakej pinjaman untuk mendapatkan kadar faedah terendah
Jikalau anda ingin memohon pinjaman, pastikan anda membandingkan pakej-pakej berbeza yang ditawarkan oleh instituisi-instituisi kewangan. Dapatkan pakej dengan kadar faedah paling rendah yang mengira baki pada asas harian dan juga memberi pilihan untuk anda membuat pembayaran semula dengan awal.Ini akan membantu mengurangkan jumlah faedah dibayar dan memendekkan tempoh pemegangan pinjaman.

5->Jangan sekali-kali bersetujua untuk menjadi PENJAMIN untuk seseorang kecuali anda telah menyediakan wang tunai secukupnya untuk membayar semula pinjaman semula pinjaman itu sekiranya orang itu gagal memebayar balik.
Anda perlu memikirkan dengan teliti sebelum anda bersetuju untuk menjadi penjamin untuk seseorang.Jika pinjaman tersebut gagal dibayar, anda mungkin dikehendaki membayar bagi orang itu.Oleh itu, anda mesti menyediakan wang secukupnya sekiranya kejadian tersebut berlaku.Hanya bersetuju menjadi penjamin untuk orang yang anda kenal dan percaya.

Pengurusan Hutang


Memulakan perjalanan kearah kebebasan kewangan secara tidak berhutang

Hutang merupakan sesuatu yang hampir tidak dapat dielakkan.Ini disebabkan kebanyakan daripada kita akan membeli rumah sendiri pada masa depan manakala sesetengah mungkin perlu mengambil pinjaman pelajaran untuk pengajian tinggi.Bagaimanapun terdapat hutang yang lebih penting daripada yang lain.Sebagai contoh, ia adalah amat penting untuk anda membayar pinjaman perumahan dengan kerap kerana kegagalan untuk membuat pembayaran boleh menyebabkan anda kehilangan rumah.Bil-bil utiliti juga penting kerana anda akan terputus bekalan sekiranya anda tidak membuat pembayaran.

Nisbah hutang merujuk kepada peratusan bagi tanggungan kewangan daripada gaji bawa pulang anda

Nisabah hutang =_tanggungan kewangan__ X 100%
gaji bawa pulang

secara umum, tahap nisbah hutang yang selamat adalah lebih kurang 35 peratus daripada gaji anda, dimana 25 peratus terdiri daripada pinjaman perumahan.
Nisbah yang lebih tinggi daripada itu adalah tanda bahwa anda mungkin perlu menilai semula kewangan anda.