Berita mengenai Pesara?

Buat tatapan dan renungan semua..


Pengesahan KWSP -Tentang KWSP


Pengesahan Mengenai KWSP

Petikan Berita


KWSP perkenal simpanan asas setiap pencarum Februari 2008

KUALA LUMPUR 22 Okt. – Mulai 1 Februari tahun depan, 11.4 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu mempunyai simpanan asas yang ditentukan mengikut umur masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Azlan Zainol berkata, simpanan asas tersebut merupakan jumlah simpanan yang terdapat di dalam Akaun 1 setiap pencarum.

Beliau berkata, tujuan konsep itu diperkenalkan bagi membolehkan pencarum mempunyai simpanan minimum RM120,000 sebaik sahaja mereka mencapai umur persaraan 55 tahun.

‘‘Berdasarkan jangkaan, jumlah ini dapat menampung bayaran bulanan kepada pencarum sebanyak RM500 bagi tempoh 20 tahun iaitu bermula dari usia bersara pencarum hingga umur mereka mencecah 75 tahun.

‘‘Selain itu penetapan simpanan asas ini juga akan dijadikan panduan kepada kita untuk memastikan simpanan KWSP tidak boleh dikeluarkan sehingga pencarum berusia 55 tahun kecuali untuk tujuan tertentu,’’ katanya

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bagi mengumumkan pelaksanaan inisiatif strategik yang berkonsepkan ‘bukan hanya simpanan’ dalam usaha meningkatkan simpanan pencarum.

Pelaksanaan simpanan asas bagi setiap pencarum itu merupakan salah satu perkara yang terkandung di dalam inisiatif tersebut.

Bagaimanapun semua skim pengeluaran KWSP yang ada sekarang termasuk pembiayaan perumahan, pendidikan dan penyakit kritikal tidak berubah dengan pelaksanaan inisiatif strategik itu.

Azlan berkata, semua pengeluaran akan bergantung kepada jumlah simpanan asas yang telah ditetapkan mengikut umur pencarum.

‘‘Bagi yang berumur 25 tahun, simpanan asasnya adalah sebanyak RM9,000, umur 30 tahun (RM18,000), umur 35 tahun (RM29,000) dan umur 40 tahun (RM44,000).

‘‘Bagi mereka yang berumur 45 tahun, simpanan asasnya ialah (RM64,000), umur 50 tahun (RM90,000) dan umur 55 tahun (RM120,000),’’ jelasnya sambil menambah kuantum simpanan asas akan dikaji setiap lima tahun.

Sehubungan itu beliau berkata, mereka yang mempunyai lebihan daripada simpanan asas masing-masing sahaja dibenarkan mengeluarkan caruman mereka untuk tujuan pelaburan.

‘‘Sebagai contoh seorang pencarum berusia 25 tahun dan jumlah simpanan asasnya adalah lebih RM9,000, katakanlah RM12,000. Lebihan RM3,000 itu boleh dikeluarkan untuk dilaburkan dalam produk dan institusi yang diluluskan.

‘‘Berbanding skim pelaburan sedia ada sebenarnya konsep yang diperkenalkan ini menggalakkan pencarum melabur pada usia muda,’’ ujarnya.

Dalam pada itu beliau berkata, penetapan simpanan asas juga akan digunakan untuk menentukan sama ada pencarum layak mengeluarkan simpanan pada usia 50 tahun atau sebaliknya.

Beliau berkata, perubahan mengeluarkan simpanan pada usia 50 tahun itu akan dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Januari 2013.

‘‘Mulai tahun tersebut hanya ahli yang mempunyai simpanan asas lebih RM90,000 dalam Akaun 1 sahaja dibenarkan mengeluarkan semua simpanan dalam Akaun 2.

‘‘Berbanding sekarang, ahli boleh mengeluarkan satu pertiga simpanan dari Akaun 2 sebaik sahaja mereka mencapai umur 50 tahun tanpa mengira jumlah keseluruhan wang yang terdapat dalam akaun KWSP masing-masing,’’ katanya.

Struktur Organisasi Pelaburan patuh syariah

Sejarah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Securities Commission (SC)

Ditubuhkan pada 1 Mac 1993 bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, Securities Commission (SC) merupakan badan statutori biaya kendiri dengan kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan. SC melapor kepada Menteri Kewangan dan akaunnya dibentangkan di Parlimen secara tahunan. SC mempunyai banyak fungsi pengawalseliaan termasuk:

  • Mengawal selia bursa-bursa, rumah-rumah penjelasan dan depositori pusat;
  • Mendaftarkan prospektus syarikat selain daripada kelab-kelab rekreasi tidak tersenarai;
  • Meluluskan terbitan bon;
  • Mengawal selia semua perkara yang berhubung kait dengan sekuriti dan kontrak niaga hadapan;
  • Mengawal selia pengambilalihan dan percantuman syarikat-syarikat;
  • Mengawal selia semua perkara yang berkaitan dengan skim unit amanah;
  • Melesenkan dan mengawasi semua individu yang berlesen;
  • Menggalakkan kawal selia sendiri; dan
  • Memastikan perilaku yang betul di kalangan institusi pasaran dan individu berlesen.

Melaksanakan semua fungsi ini merupakan tanggungjawab besar SC dalam melindungi pelabur. Selain daripada melaksanakan fungsi kawal selia, SC juga bertanggungjawab di bawah undang-undang untuk menggalakkan dan mempromosikan pembangunan sekuriti dan niaga hadapan di Malaysia.

Pasaran Modal Islam


Soalan Lazim

1. Apakah Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti dan peranannya?
MPS Suruhanjaya Sekuriti ialah jawatankuasa yang telah ditubuhkan oleh SC pada tahun 1996 di bawah seksyen 18, Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 (SCA). MPS diberikan mandat dalam memastikan perjalanan pasaran modal Islam selaras dengan prinsip-prinsip Syariah. Bidang kuasanya ialah memberi nasihat kepada Suruhanjaya dalam semua perkara berhubung pembangunan pasaran modal Islam yang komprehensif dan bertindak sebagai pusat rujukan dalam semua isu pasaran modal Islam. Ahli MPS terdiri daripada ulama Islam dan pakar kewangan Islam.

2. Apakah sumber rujukan asas penyelidikan dalam pasaran modal Islam?

Sumber rujukan asas penyelidikan dalam pasaran modal Islam boleh dibahagikan kepada dua bahagian:

Sumber utama: al-Quran dan al-Sunnah
Sumber sokongan: Ijmak (persepakatan pendapat) , qiyas (kesimpulan secara analogi) , maslahah (kepentingan umum) dan sumber-sumber lain yang diterima oleh Syariah.

3. Apakah Senarai Sekuriti Patuh Syariah?

Senarai sekuriti patuh Syariah mengenal pasti syarikat tersenarai di Bursa Malaysia yang aktivitinya mematuhi kriteria Syariah yang ditetapkan oleh MPS.


4. Berapa kerapkah senarai Sekuriti patuh Syariah dikemaskinikan?

Senarai berkenaan dikemaskinikan dua kali setahun iaitu pada hari Jumaat terakhir bagi bulan Mei dan November setiap tahun.


5. Apakah kriteria umum Syariah yang digunakan dalam menilai sesuatu syarikat ?

Kriteria umum dalam menilai sekuriti patuh Syariah ialah syarikat itu tidak terlibat dalam aktiviti teras seperti yang berikut:

    1. Perkhidmatan kewangan yang berteraskan riba (faedah);
    2. Perjudian;
    3. Pengeluaran atau penjualan barangan yang tidak halal atau barangan yang berkaitan;
    4. Insurans konvensional;
    5. Aktiviti hiburan yang tidak selaras dengan Syariah;
    6. Pengeluaran atau penjualan barangan yang berasaskan tembakau atau barangan yang berkaitan;
    7. Pembrokeran atau jual beli sekuriti yang tidak diluluskan Syariah; dan
    8. Aktiviti lain yang didapati tidak selaras dengan Syariah.

MPS juga mengambil kira tahap sumbangan daripada pendapatan faedah yang diperoleh syarikat hasil daripada simpanan tetap konvensional atau instrumen kewangan konvensional yang lain. Selain itu, dividen yang diterima daripada pelaburan dalam sekuriti tidak patuh Syariah juga diambil kira dalam kajian yang dijalankan oleh MPS.


Bagi syarikat yang menjalankan aktiviti bercampur di antara aktiviti yang selaras dan tidak selaras dengan Syariah, MPS mempertimbangkan dua kriteria tambahan iaitu:

    1. pandangan masyarakat umum tentang imej syarikat berkenaan mestilah baik; dan
    2. aktiviti teras syarikat penting dan mempunyai maslahah (kepentingan umum) kepada umat Islam dan negara manakala unsur yang tidak selaras dengan Syariah adalah amat kecil dan melibatkan perkara 'umum balwa (perkara terlarang yang sukar dielakkan), 'uruf (amalan kebiasaan) dan hak-hak masyarakat bukan Islam yang diperakui oleh Islam.

6. Apakah tanda aras yang digunakan bagi menentukan percampuran sumbangan yang dibolehkan daripada aktiviti selaras dan tidak selaras dengan Syariah?

Untuk penentuan percampuran sumbangan yang dibolehkan daripada aktiviti selaras dan tidak selaras dengan Syariah kepada perolehan dan keuntungan sebelum cukai sesebuah syarikat, MPS telah menetapkan beberapa tanda aras tertentu mengikut ijtihad (proses mengeluarkan pendapat daripada sumber Syariah oleh ulama yang layak). Sekiranya sumbangan daripada aktiviti yang tidak selaras melebihi tanda aras yang telah ditetapkan, maka sekuriti syarikat tersebut akan diklasifikasikan sebagai sekuriti tidak patuh Syariah. Tanda aras tersebut adalah seperti yang berikut

a) Tanda aras lima peratus

Tanda aras ini digunakan bagi mengukur tahap percampuran sumbangan aktiviti yang jelas keharamannya (tidak selaras dengan Syariah) seperti riba (syarikat berasaskan faedah seperti bank konvensional), judi, minuman keras dan daging babi.


b) Tanda aras 10 peratus

tanda aras ini digunakan bagi mengukur tahap percampuran sumbangan aktiviti yang melibatkan unsur "umum balwa" iaitu perkara terlarang yang melibatkan kebanyakan orang dan sukar untuk dielakkan. Contoh sumbangan tersebut ialah pendapatan faedah daripada simpanan tetap dalam bank konvensional. Tanda aras ini juga digunakan bagi aktiviti yang melibatkan tembakau.


(c) Tanda aras 20 peratus

Tanda aras ini digunakan bagi mengukur tahap percampuran sumbangan terima sewaaan daripada aktiviti tidak patuh Syariah seperti sewaan premis yang menjalankan aktiviti perjudian, jualan arak dan sebagainya.


d) Tanda aras 25 peratus

Tanda aras ini digunakan bagi mengukur tahap percampuran sumbangan aktiviti yang secara umumnya selaras dengan Syariah dan mempunyai maslahah (kepentingan umum), namun terdapat unsur lain yang boleh menjejaskan status Syariah aktiviti berkenaan. Antara aktiviti yang mempunyai tanda aras ini ialah aktiviti pengendalian hotel dan pusat peranginan, perniagaan saham, pembrokeran dan sebagainya kerana aktiviti tersebut berkemungkinan melibatkan aktiviti lain yang tidak selaras dengan Syariah.

7. Apakah nasihat MPS kepada pelabur yang melabur dalam sekuriti patuh Syariah, tetapi kemudiannya sekuriti tersebut bertukar statusnya kepada 'tidak patuh'?

Sekiranya ketika pengumuman dikeluarkan, nilai sekuriti yang dipegang melebihi kos pembelian asal, pelabur yang memegang sekuriti tidak patuh Syariah hendaklah melupuskannya. Sebarang keuntungan modal yang diperoleh daripada pelupusan sekuriti tidak patuh Syariah pada masa pengumuman dibuat boleh diambil oleh pelabur. Walau bagaimanapun, sekiranya pelupusan sekuriti yang tidak patuh berkenaan dibuat selepas hari pengumuman, maka lebihan keuntungan modal daripada perbezaan harga semasa pasaran dengan harga penutup pada hari pengumuman hendaklah disalurkan kepada badan kebajikan.


Sebaliknya, pelabur dibenarkan untuk memegang sekuriti tersebut sekiranya nilai sekuriti yang dipegang lebih rendah daripada kos pembelian asal. Dalam tempoh pegangan itu, pelabur juga dibenarkan untuk menerima dividen sehingga jumlah keseluruhan dividen yang diterima dan nilai pasaran sekuriti yang tidak diluluskan tersebut menyamai kos pembelian asal. Pada ketika itu, pelabur dinasihatkan untuk melupuskan sekuriti tersebut.


8. Apakah kos pembelian asal?

Kos pembelian asal merupakan kos pembelian sekuriti termasuk kos pembrokeran dan kos transaksi yang berkaitan.


9. Apakah yang perlu pelabur lakukan sekiranya mereka ditawarkan terbitan hak, terbitan bonus, terbitan istimewa atau waran oleh syarikat tidak patuh Syariah yang dipegangnya?

Pelabur dibenarkan untuk melanggan:

      1. sebarang terbitan sekuriti baru oleh syarikat yang sekuriti tidak diluluskan dipegang oleh pelabur, contohnya terbitan hak, terbitan bonus, terbitan istimewa dan waran (tidak termasuk sekuriti yang tidak patuh Syariah seperti ICULS); dan
      2. sekuriti syarikat lain yang ditawarkan oleh syarikat yang sekuriti tidak patuh Syariah dipegang oleh pelabur,

dengan syarat ia digunakan untuk mempercepatkan proses pelupusan sekuriti-sekuriti yang tidak diluluskan. Bagi sekuriti syarikat lain (seperti yang dinyatakan pada (b) di atas), sekuriti tersebut mestilah patuh Syariah.


10. Apakah yang pelabur perlu lakukan sekiranya mereka melabur dalam sekuriti yang tidak diluluskan?

MPS menasihatkan supaya pelabur melupuskan semua sekuriti yang tidak patuh Syariah dalam tempoh tidak melebihi satu bulan selepas mengetahui status sekuriti tersebut. Sebarang keuntungan dalam bentuk keuntungan modal atau dividen yang diperoleh ketika atau selepas pelupusan sekuriti berkenaan hendaklah disalurkan kepada badan kebajikan. Pelabur hanya berhak untuk memperoleh kembali kos pembelian asal sahaja.


11. Apakah orang bukan Islam boleh menjual dan membeli sekuriti patuh Syariah?

Pelaburan dalam sekuriti patuh Syariah tidak hanya terhad kepada pelabur Muslim sahaja kerana sekuriti patuh Syariah merupakan sebahagian daripada sekuriti yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Oleh itu, orang Islam dan bukan Islam boleh melabur dalam sekuriti tersebut.


12. Apakah Indeks Syariah Kuala Lumpur (KLSI) dan apakah sekuriti yang menjadi komponen dalam indeks tersebut?

KLSI telah dilancarkan pada 17 April 1999 untuk memenuhi permintaan pelabur tempatan dan pelabur asing yang ingin melabur dalam sekuriti yang selaras dengan prinsip Syariah. Ia digunakan sebagai tanda aras bagi mengukur prestasi sekuriti patuh Syariah dan membuat keputusan yang bijak berdasarkan maklumat.


13. Selain daripada senarai sekuriti patuh Syariah, apakah instrumen lain yang diluluskan oleh MPS?

Sejak penubuhan MPS, beberapa instrumen pasaran modal telah dikaji dan diluluskan seperti yang berikut:

  1. Saham biasa
  2. Hak Langganan Boleh Pindah
  3. Waran Panggilan
  4. Saham Keutamaan Tidak Kumulatif
  5. Keutamaan Saham Boleh Tebus
  6. Kontrak Niaga Hadapan Minyak Kelapa Sawit Mentah
  7. Kontrak Niaga Hadapan Minyak Isirung Kelapa Sawit Mentah
  8. Bon tanda aras Khazanah
  9. Pensekuritian Aset Islam/Pensekuritian Hutang Islam
  10. SSF (Kontrak Niaga Hadapan Saham Tunggal (jika pendasarnya merupakan instrumen patuh Syariah))
  11. Kontrak Niaga Hadapan Indeks (jika pendasarnya merupakan instrumen patuh Syariah)

14. Adakah terdapat perkhidmatan pembrokeran Islam dalam industri?

Ya. Perkhidmatan pembrokeran Islam menyediakan medium perhubungan untuk para pelabur Muslim untuk berjual beli dan melabur dalam pasaran modal. Ia bermula dengan penubuhan BIMB Securities Sdn Bhd yang merupakan syarikat pembrokeran Islam sepenuhnya pada tahun 1994. Selain daripada syarikat broker saham ini, terdapat syarikat pembrokeran konvensional yang mula menunjukkan minat dalam perkhidmatan pembrokeran Islam.


15. Apakah skim unit amanah Islam?

Skim unit amanah Islam ialah dana pelaburan kolektif yang menawarkan kepada pelabur peluang untuk melabur dalam pelbagai portfolio sekuriti patuh Syariah serta diuruskan oleh pengurus dana profesional menurut prinsip Syariah. Skim unit amanah Islam ini perlu melantik jawatan kuasa Syariah atau penasihat Syariah seperti yang terkandung dalam perenggan 6.04 garis panduan "Guidelines on Unit Trust Funds" bagi memastikan pelaksanaannya berlandaskan prinsip Syariah. Skim ini terdapat dalam pelbagai bentuk seperti dana ekuiti Islam, dana sukuk, dana indeks Islam dan sebagainya.


16. Apakah syarat-syarat untuk melantik jawatan kuasa Syariah dan penasihat Syariah bagi skim unit amanah Islam ?

Jawatan kuasa Syariah dan penasihat Syariah bagi skim unit amanah Islam mesti diluluskan oleh SC dan memenuhi kriteria seperti yang terkandung dalam perenggan 6.05 garis panduan Guidelines on Unit Trust Funds .

Bagi jawatan kuasa Syariah yang dilantik, mestilah dianggotai oleh sekurang-kurangnya tiga orang individu yang bebas daripada syarikat pengurusan dan didaftarkan dengan SC. Dalam hal penasihat Syariah (syarikat) pula, syarikat tersebut mesti mempunyai sekurang-kurangnya seorang pegawai sepenuh masa dalam syarikat berkenaan yang ditugaskan khas untuk bertanggung jawab ke atas perkara yang berkaitan dengan Syariah bagi dana tersebut.

Untuk memohon kelulusan daripada SC, individu atau syarikat perlu menulis permohonan kepada:

Ketua
Pasaran Modal Islam

Suruhanjaya Sekuriti
No 3, Persiaran Bukit Kiara
Bukit Kiara
50490 Kuala Lumpur.

17. Bagaimana bon distrukturkan menurut prinsip Syariah dan apakah yang membezakannya dengan bon konvensional ?

Sukuk distrukturkan dengan aset patuh Syariah melalui kontrak pertukaran tertentu. Kontrak tersebut boleh diwujudkan melalui jual beli aset dengan bayaran tertangguh, pajakan aset atau penyertaan dalam perniagaan usaha sama. Oleh itu, penerbitan sukuk bukanlah berdasarkan pertukaran kertas untuk wang yang melibatkan faedah. Ia lebih merupakan pertukaran aset patuh Syariah untuk mendapatkan pembiayaan menggunakan berbagai-bagai prinsip Syariah seperti bai' bithaman ajil (BBA), murabahah, ijarah, mudharabah dan musyarakah yang membolehkan pelabur memperoleh keuntungan melalui transaksi berkenaan.


18. Siapa yang mempunyai kuasa untuk menentukan bahawa sesuatu bon distrukturkan menurut prinsip Syariah?

Penerbitan sukuk dikawal selia oleh SC melalui rangka kerja bawah Guidelines on the Offering of Islamic Securities (Garis panduan). Oleh itu, sebagaimana yang dinyatakan oleh Garis panduan berkenaan, struktur sukuk perlu disahkan dan diluluskan oleh penasihat Syariah yang dilantik oleh penerbit. Penasihat Syariah ini merupakan sama ada penasihat Syariah bebas yang telah diluluskan oleh SC atau jawatan kuasa Syariah bagi institusi kewangan yang menjalankan aktiviti perbankan Islam yang diluluskan boleh Bank Negara.


19. Apakah prinsip Syariah yang boleh digunakan dalam menstrukturkan sukuk?

Sukuk boleh distrukturkan dengan menggunakan pelbagai prinsip dan konsep Syariah yang disenaraikan dalam Lampiran 1 Garis panduan. Prinsip dan konsep ini telah disahkan oleh MPS dan dirasakan sesuai untuk penstrukturan sukuk. Walau bagaimanapun, perundingan awalan dengan MPS juga diperlukan sekiranya penerbit menggunakan prinsip dan konsep yang berlainan dengan yang tersenarai pada Lampiran 1 berkenaan. Perundingan ini juga digalakkan untuk penggunaan sebarang prinsip dan konsep yang disenaraikan pada Lampiran 1 tetapi masih belum diamalkan di pasaran.


20. Siapakah yang layak untuk menjadi penasihat Syariah bebas bagi sukuk dan apakah syarat-syaratnya?

Individu boleh diluluskan oleh SC untuk menjadi penasihat Syariah bagi sukuk apabila memenuhi kriteria seperti yang terkandung dalam perenggan 6.01 Garis panduan. Bagi syarikat pula, kriteria yang terkandung dalam perenggan 6.02 perlu dipenuhi. Untuk memohon kelulusan daripada SC, individu atau syarikat perlu menulis permohonan kepada:

Ketua
Jabatan Pasaran Modal Islam

Suruhanjaya Sekuriti
No 3, Persiaran Bukit Kiara
Bukit Kiara
50490 Kuala Lumpur.

21. Keputusan MPS berkaitan sukuk

a) Jual hutang ( bai' dayn )

MPS bersetuju untuk menerima prinsip bai' dayn iaitu jual hutang sebagai salah satu konsep yang digunakan dalam membangunkan instrumen pasaran modal Islam. Ini bersandarkan kepada pendapat sebahagian daripada ulama fikah yang membenarkan konsep ini dengan beberapa syarat. Dalam konteks pasaran modal, syarat ini boleh dipenuhi apabila terdapatnya sistem pengawalseliaan yang telus, yang boleh memelihara maslahah (kepentingan umum) peserta pasaran.


b) Sukuk tanda aras Islam

Sukuk tanda aras Islam yang juga dikenali sebagai Bon Khazanah adalah selaras dengan Syariah. Bon ini distrukturkan berdasarkan kepada prinsip murabahah.


c) Sukuk mudharabah dengan pensekuritian sewa beli Islam

MPS meluluskan konsep dan mekanisme yang digunakan dalam penerbitan sukuk berdasarkan kepada prinsip mudharabah melalui pensekuritian sewa beli Islam. Pembelian sewa beli Islam adalah berdasarkan kepada konsep Syariah jual hutang (bai' dayn).

d) Prinsip ittifaq dhimni

MPS telah meluluskan prinsip ittifaq dhimni dalam menstrukturkan sukuk. Ittifaq dhimni merujuk kepada persefahaman yang wujud sebelum sesuatu kontrak termeterai. Pembeli dan penjual telah membuat perjanjian terdahulu untuk menjual aset pada harga tertentu dan membeli semula (aset tersebut) pada harga tertentu. Dalam konteks ini peniaga utama yang telah berjaya mendapatkan tender akan membeli aset yang telah dibida. Ini merujuk kepada pesefahaman dalam transaksi jual beli selaras dengan konsep bai' muzayadah. Kebiasaannya, dalam konteks pembentukan sukuk tanda aras Islam, ia melibatkan lebih daripada seorang peniaga utama yang berjaya membeli sesuatu aset. Oleh itu, beberapa peniaga utama ini akan menjadi rakan kongsi dalam pembelian aset tersebut menurut bahagian mereka.


e) Dha' wa ta'ajjal

MPS telah bersetuju menerima penggunaan konsep dha' wa ta'ajjal dalam memajukan instrumen pasaran modal Islam. Dha' wa ta'ajjal adalah perlakuan pemiutang yang melupuskan sebahagian daripada hutangnya sekiranya penghutang menjelaskan bakinya dengan lebih cepat.


f) Jaminan pihak ketiga ke atas modal

Penerbit sukuk dibenarkan untuk mengunakan jaminan pihak ketiga ke atas modal yang dilaburkan menggunakan prinsip mudharabah/musyarakah. Mereka juga bersetuju bahawa fi (ujrah) dibenarkan untuk dibayar kepada penjamin dengan syarat jaminan tidak berasaskan kepada rekursi, iaitu pelabur tidak boleh menuntut daripada penerbit sekiranya perniagaan tersebut mengalami kerugian kerana jaminan akan diberikan oleh penjamin. Pelabur juga dibenarkan untuk meminta cagaran daripada penerbit memandangkan kemungkinan berlakunya kecuaian yang nyata daripada penerbit.


g) Anugerah kerajaan (iqta' )

Semua kontrak yang dianugerahkan oleh kerajaan seperti kontrak konsesi, pembinaan, bekalan dan perkhidmatan diterima sebagai aset pendasar yang diluluskan untuk menstrukturkan sukuk. Prinsip yang sama boleh juga gunakan kepada kontrak yang dianugerahkan oleh kerajaan negeri, agensi kerajaan dan syarikat yang berkaitan dengan kerajaan. Keputusan ini dibuat berlandaskan prinsip anugerah kerajaan (iqta').


h) Ganti rugi dan potongan

Pelabur sukuk dibenarkan untuk mengenakan ganti rugi ( ta'widh) bagi kelewatan dan kegagalan bayaran oleh penerbit sukuk. Ta'widh boleh dikenakan setelah didapati terdapat unsur mumathil (sengaja melengah-lengahkan bayaran) pihak penerbit untuk menjelaskan bayaran pokok dan keuntungan. Kadar ta'widh untuk bayaran lewat ke atas keuntungan ialah 1% setahun daripada jumlah yang tertunggak dan tidak boleh dikompaunkan. Sementara kadar ta'widh bagi kegagalan untuk menyelesaikan bayaran pokok adalah berdasarkan kepada kadar pasaran dalam pasaran wang Islam antara bank dan ia juga tidak boleh dikompaunkan.


Di samping itu, sekiranya diminta oleh penerbit sukuk untuk penyelesaian awal, potongan ( ibra') dibenarkan untuk diberikan kepada pelabur.


i) Potongan ( ibra')

MPS telah memutuskan bahawa klausa ibra' (potongan) bagi penyelesaian awal boleh dimasukkan dalam dokumen perundangan utama bagi transaksi sukuk. Keputusan dibuat berdasarkan kepada prinsip 'uruf (amalan kebiasaan), maslahah (kepentingan umum) dan untuk menghindari gharar (ketidakpastian). Peruntukan ibra' dalam dokumen perundangan utama dianggap sebagai syart (syarat) yang selaras dengan muqtadha al-'aqd (tujuan kontrak). Walau bagaimanapun, MPS menasihatkan bahawa peruntukan ibra' hendaklah diasingkan daripada bahagian harga dalam dokumen utama, yang mana peruntukan ibra' boleh dimasukkan dalam seksyen bayaran dan penyelesaian.


j) "When Issue" (WI)

Proses "When Issue" (WI) bagi penerbitan sukuk dalam pasaran utama adalah diluluskan Syariah. Keputusan ini dibuat atas dasar bahawa tidak terdapatnya unsur riba dan gharar (ketidakpastian) dalam proses WI.


k) Penetapan harga aset

MPS telah mengeluarkan garis panduan bagi penentapan harga aset sukuk bagi memudah cara proses penentuan harga belian bagi sesuatu aset yang dijadikan sebagai aset pendasar bagi sukuk yang distrukturkan di bawah prinsip ijarah, bai' bithaman ajil, bai' 'inah dan murabahah.

MPS memutuskan bahawa harga belian bagi aset, sekiranya dijual melebihi daripada harga pasaran, hendaklah tidak melebihi 1.33 kali ganda (satu dan satu per tiga) harga pasaran. Sebaliknya, sekiranya aset tersebut dijual pada kadar diskaun, harga belian tersebut hendaklah tidak kurang daripada 0.67 kali ganda (dua per tiga) harga pasaran.


Bagi memudahcarakan lagi proses penetapan harga, MPS memutuskan sekiranya harga pasaran sesuatu aset tidak dapat dipastikan, maka harga saksama atau harga lain yang dirasakan sesuai boleh diguna pakai selagi ia berasaskan kepada konsep reda meredai dan dinilai menggunakan kaedah penilaian yang bersesuaian.


l) Pensekuritian aset Islam

MPS memutuskan bahawa pensekuritian aset dibenarkan sekiranya aset pendasar instrumen berkenaan selaras dengan Syariah. Walau bagaimanapun, aset dalam bentuk hutang seperti terimaan murabahah dan bai' bithaman ajil tidak boleh disekuritikan untuk tujuan penerbitan sekuriti bersandarkan aset Islam yang distrukturkan menggunakan prinsip hutang murabahah dan bai' bithaman ajil.


m) Pemajakan belum terima konvensional tidak boleh digunakan sebagai
aset pendasar bagi sukuk

Pihak yang menerbitkan sukuk perlu menggunakan perolehan belum terima daripada urus niaga berprinsip Islam, seperti perolehan belum terima daripada urus niaga ijarah, sebagai aset pendasar. Keputusan ini dibuat bagi menggalakkan lagi pembangunan instrumen Islam, terutama yang berasaskan ijarah.


n) Mekanisma kadar terapung

MPS telah memutuskan bahawa mekanisma kadar terapung boleh digunakan untuk sukuk yang berasaskan kepada Bai' Bithaman Ajil , murabahah and istisna'. Kebenaran ini berasaskan kepada penggunaan elemen rebat ( ibra') dalam menentukan kadar keuntungan efektif untuk sukuk. Kadar keuntungan efektif ini akan menjadi rujukan kepada pergerakan kadar pasaran.


o) Isu ketakpastian ke atas pemilikan barangan ( ghair mustaqir ) bawah prinsip pesanan belian ( istisna' ) dalam struktur sukuk

Urus niaga istisna' dalam struktur sukuk lazimnya bersandarkan dan disokong oleh proses dan klausa perundangan untuk melindungi pihak terlibat dalam urus niaga tersebut. Ini seterusnya disokong oleh rangka kerja perundangan dan kawal selia yang berkenaan sebagaimana yang diperuntukkan oleh pihak berkuasa. Oleh itu, elemen berkaitan ghair mustaqir atau ketidakpastian dihapuskan. Sebagai tambahan, ciri-ciri prinsip istisna' adalah berbeza berbanding dengan prinsip belian terdahulu ( salam ). Elemen ghair mustaqir selalunya hanya berkaitan dengan prinsip salam .

22. Keputusan MPS berkaitan dana unit amanah Islam

a) Dana Jaminan Modal

Konsep dan struktur bagi dana jaminan modal konvensional boleh diguna pakai untuk dana jaminan modal berasaskan Syariah. Ini termasuk penggunaan jaminan pihak ketiga dan fi penjamin. Namun, dana jaminan modal berasaskan Syariah perlu mematuhi syarat Syariah yang lain termasuk pelaburan dalam instrumen patuh Syariah.


b) Pelaburan dalam sekuriti yang tidak patuh oleh dana unit amanah Islam

Jika dana unit amanah Islam melabur dalam sekuriti yang tidak patuh kerana pengurus unit amanah melanggar surat ikatan amanah, apa jua kerugian harus ditanggung oleh pengurus unit amanah dan tidak boleh dicaj kepada dana, kerana tidak wajar kerugian tersebut ditanggung oleh pelabur/pemegang unit.

Disini saya lampirkan senarai-senarai Dana Islam dan Juga Ahli majlis Penasihat,seperti berikut:-
Senarai Dana Islam Setakat 30 Jun 2009
Ahli Majlis Penasihat Syariah SC

ASB & Bonus

ASB juga ada memberikan bonus, yang menggunakan konsep "monthly compounding", tetapi nilai yang diberikan ialah untuk tempoh 10 tahun. Ini bermaksud, nilai bonus yang diumumkan perlu dibahagikan dengan 120 (10 tahun mempunyai 120 bulan), dan perlu didarab dengan baki terendah bagi setiap bulan, sebelum dijumlahkan bermula dari januari hingga Disember. Pemberian bonus juga dilakukan serentak dengan pemberian dividen iaitu pada bulan Januari setiap tahun.

Mari lihat contoh berikut, katakan kadar dividend bagi tahun 2009 diumumkan sebanyak 1%, dan dengan kadar simpanan yang sama untuk kes dividen ASB sebelum ini,

Jan 09, Baki tertinggi: RM5000, Baki terendah: RM4000
Feb 09, Baki tertinggi: RM7000, Baki terendah: RM4500
Mac 09, Baki tertinggi: RM6000, Baki terendah: RM5500
Apr 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Mei 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Jun 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Jul 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Ogo 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Sep 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Okt 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Nov 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Dis 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000

Maka, pengiraan bonus ASB berdasarkan baki terendah setiap bulan (pada kadar dividend 1%) adalah seperti berikut,

Jan 09, Baki terendah: RM4000, Dividend =4000 x(0.01)/120=0.33
Feb 09, Baki terendah: RM4500, Dividend =4500 x(0.01)/120=0.38
Mac 09, Baki terendah: RM5500, Dividend =5500 x(0.01)/120=0.46
Apr 09, Baki terendah: RM8000, Dividend =8000 x(0.01)/120=0.67
Mei 09, Baki terendah: RM8000, Dividend =8000 x(0.01)/120=0.67
Jun 09, Baki terendah: RM8000, Dividend =8000 x (0.01)/120=0.67
Jul 09, Baki terendah: RM8000, Dividend =8000 x(0.01)/120=0.67
Ogo 09, Baki terendah: RM8000, Dividend =8000 x(0.01)/120=0.67
Sep 09, Baki terendah: RM8000, Dividend =8000 x (0.01)/120=0.67
Okt 09, Baki terendah: RM8000, Dividend =8000 x(0.01)/120=0.67
Nov 09, Baki terendah: RM8000, Dividend =8000 x(0.01)/120=0.67
Dis 09, Baki terendah: RM8000, Dividend =8000 x(0.01)/120=0.67

Dengan itu, jumlah dividen yang diperolehi bagi tahun 2009 ialah RM7.20.

Walau bagaimanapun, saya tidak mengetahui sama ada terdapat sebarang syarat tertentu untuk melayakkan seseorang pencarum mendapatkan bonus tersebut.Suka untuk saya mengingatkan sekali lagi bahawa kiraan di atas hanyalah kiraan kasar dan tiada jaminan kiraan tersebut adalah tepat. Hanya Perbadanan Nasional Berhad (PNB) sahaja mengetahui kiraan sebenar dividen dan bonus ASB.

Amanah Saham Bumiputra (ASB) & Compounding

Konsep pengiraan dividen dan bonus ASB. Tetapi ini hanyalah kiraan kasar dan tiada jaminan kiraan ini tepat. Perlu diingat bahawa hanya Perbadanan Nasional Berhad (PNB) sahaja mengetahui kiraan sebenar dividen dan bonus ASB.

Dividen ASB

Konsep asas pengiraan dividen ASB ialah konsep "monthly compounding dividen" untuk baki terendah dalam setiap bulan. Perlu diingat bahawa pemberian dividen ini hanyalah dilakukan sekali untuk setiap tahun, iaitu pada bulan Januari. Ini bermaksud, nilai dividen yang diumumkan perlu dibahagikan kepada 12 (12 bulan), dan didarab dengan baki terendah bagi setiap bulan (bulan januari hingga Disember), sebelum dijumlahkan bermula dari januari hingga Disember.

Sebagai contoh, katakan kadar dividen bagi tahun 2009 diumumkan sebanyak 8%, dan berikut ialah nilai pelaburan anda dari Januari 2009 sehingga Disember 2009,

Jan 09, Baki tertinggi: RM5000, Baki terendah: RM4000
Feb 09, Baki tertinggi: RM7000, Baki terendah: RM4500
Mac 09, Baki tertinggi: RM6000, Baki terendah: RM5500
Apr 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Mei 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Jun 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Jul 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Ogo 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Sep 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Okt 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Nov 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Dis 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000

Maka, pengiraan dividen berdasarkan baki terendah setiap bulan (pada kadar dividen 8%) adalah seperti berikut,

Dividen ASB
= (jumlah baki terendah setiap bulan) /12 x0.08
= (4000+4500+5500+8000+8000+8000+8000+8000+8000+8000+8000+8000) /12 x 0.08
= RM573.33

Jan 09, Baki terendah: RM4000, Dividend=4000 x(0.08)/12=26.67
Feb 09, Baki terendah: RM4500, Dividend=4500 x(0.08)/12=30.00
Mac 09, Baki terendah: RM5500, Dividend=5500 x(0.08)/12=36.67
Apr 09, Baki terendah: RM8000, Dividend=8000 x(0.08)/12=53.33
Mei 09, Baki terendah: RM8000, Dividend=8000 x(0.08)/12=53.33
Jun 09, Baki terendah: RM8000, Dividend=8000 x (0.08)/12=53.33
Jul 09, Baki terendah: RM8000, Dividend=8000 x(0.08)/12=53.33
Ogo 09, Baki terendah: RM8000, Dividend=8000 x(0.08)/12=53.33
Sep 09, Baki terendah: RM8000, Dividend=8000 x(0.08)/12=53.33
Okt 09, Baki terendah: RM8000, Dividend=8000 x(0.08)/12=53.33
Nov 09, Baki terendah: RM8000, Dividend=8000 x(0.08)/12=53.33
Dis 09, Baki terendah: RM8000, Dividend=8000 x(0.08)/12=53.33

Dengan itu, jumlah dividend yang diperolehi bagi tahun 2009 ialah RM573.31.

HIBAH trust

Selain semua kelebihan-kelebihan itu boleh digunakan untuk Amanah Persendirian, Hibah Trust menggunakan “Hibah” konsep dalam Trust. Dalam pembinaan ini, Settlor akan mengamanahkan PB TRUSTEE SERVICES BERHAD bagi mengekalkan, menguruskan dan akhirnya mengagihkan aset-aset untuk manfaat waris-waris tabung amanah.

JENIS-JENIS BAGI AMANAH HIBAH
  • Amanah Hartanah
Untuk pengurusan dan pemindahan estet atau hartanah. Kurang satu amanah hartanah, pemilikan sah satu estet mesti ditukarkan ke PB TRUSTEE SERVICES BERHAD di atas pelaksanaan Surat Ikatan Amanah. Surat Ikatan Amanah itu akan menetapkan cara yang mana PB TRUSTEE SERVICES BERHAD akan mengadakan, menguruskan dan mengagihkan harta. Property mesti percuma daripada mana-mana halangan.
  • Amanah Insurans
Serah Hak Mutlak
Sebuah kenderaan untuk penerimaan insurans nyawa untuk dikumpul dan berkesan diuruskan dan diagihkan di atas kematian Settlor. Tiada yuran tahunan bahawa Settlor perlu membayar kepada PB TRUSTEE SERVICES BERHAD hingga PB TRUSTEE SERVICES BERHAD telah menerima penerimaan insurans.
  • Amanah Penyenggaraan
Sebuah Trust membiayai dengan kelas bercampur-campur aset-aset i.e. wang tunai, ciri-ciri, saham, dan sebagainya untuk menyediakan untuk penyenggaraan, kos sara hidup, keperluan pendidikan dan keperluan kewangan berkala lain Beneficiaries.
  • Amanah Khairat
Sebuah Trust dengan kelas bercampur-campur aset-aset untuk menyediakan untuk tambahan dan pembangunan mana-mana organisasi murah hati dan / atau tujuan-tujuan membenarkan dan dikenali oleh Islam undang-undang.

Faedah-faedahnya:-
  • memperibadikan pendekatan untuk perlindungan, pengawetan, pengumpulan dan agihan kekayaan dan meningkatkan konsep perlindungan dan perancangan penggantian.
  • Aset(s) adalah dipegang dalam simpanan selamat, memastikan profesionalisme, kerahsiaan dan adalah dilindungi untuk bertemu keperluan spesifik.
  • Wang amanah adalah memegang dalam simpanan selamat oleh PB TRUSTEE SERVICES BERHAD untuk waris-waris itu dan adalah dengan betul melabur dan / atau dikendalikan dalam tempoh sementara pengagihan bergantung.
  • Beneficiaries yang adalah kecil dan melemahkan dilindungi dari penjaga-penjaga tidak boleh dipercayai yang mungkin sebaliknya telah kawalan tidak dapat disekat mengenai permohonan aset benefisiari / wang.
  • pilihan Unlimited waris-waris dan untuk pelanggan-pelanggan Islam, hadiah aset itu semasa hayat mereka untuk waris-waris pilihan mereka tidak akan terhad oleh hukum-hukum bagi ‘Faraid'.
  • Asset(s) tidak akan dibekukan di atas kematian pelanggan dan ia menghindari keperluan itu untuk Grant Representation i.e. taburan segera aset(s) ditahan di bawah amanah.

Kelebihan mempunyai Wasiat

Antara kelebihan mempunyai Wasiat.
  • Perisytiharan “Harta Sepencarian” (dibataskan sehingga maksimum 50% bagi hartanah jumlah)
  • Menyediakankan untuk taburan sehingga 1/3 hartanah untuk tidak faraid waris-waris (Cucu-cucu, kanak-kanak angkat/adopted, Non-Muslim ibu bapa / kanak-kanak / ahli-ahli keluarga atau Charities)
  • Dengan persetujuan semua waris-waris anda, anda ialah membenarkan untuk mengikhtiarkan hadiah-hadiah untuk waris-waris khusus selaras untuk harapan-harapan anda
  • Keupayaan bagi melantik mengutamakan Executor dan Trustee bagi menguruskan dan mengagihkan hartanah dan Guardian untuk bertindak sementara untuk kecil anda atau kanak-kanak istimewa
  • Meminimumkan peraturan-peraturan sah dan belanja-belanja dengan pentadbiran cekap
  • Boleh mengarahkan / tinggal pesanan untuk orang-orang khusus dan menjadi dikecualikan daripada keperluan untuk menyediakan Administration Bond
Pewasian

Ia adalah penting untuk anda bagi melantik satu Executor dalam anda Wasiat, yang anda mempercayai boleh menjalankan arahan-arahan anda / mahu sebagai menetapkan dalam Wasiat. Executor seharusnya seseorang yang boleh dipercayai dan mempunyai kepakaran dan berpengalaman untuk menangani hartanah oleh itu kos simpanan dan masa. Fungsi-fungsi itu dan tugas-tugas Executor adalah seperti berikut:
  • Ia adalah penting untuk anda bagi melantik satu Executor dalam anda Identify, selamat dan perjanjian dengan semua aset dan liabiliti diri mati
  • Mendapatkan Grant Probate daripada Mahkamah Tinggi, Sijil Faraid dan pengesahan pada senarai “Harta Sepencarian” daripada Mahkamah Syariah
  • Mengenal pasti dan membayar hutang-hutang sahih dan dakwaan terhadap hartanah
  • Memfail hasil-hasil cukai dan perjanjian dengan mana-mana isu-isu guaman yang mungkin timbul dan mendapatkan persetujuan (jika diperlukan) dan mengagihkan baki hartanah untuk waris-waris sah atau waris-waris
  • Hartanah pegangan tentang amanah sehingga waris-waris itu mencapai umur hak itu atau apabila siap acara-acara tertentu
PENJAGA WASIAT

Mempunyai membuat keputusan bijak mendapat satu Wasiat bertulis, ia penting buat anda untuk memastikan bahawa anda Wasiat adalah baik ditahan satu tempat yang selamat. Ia tidak ada gunanya jika anda Wasiat adalah rosak, terusik, atau hilang bila perlukan untuk permohonan Probate.

Membuat keputusan bijak; memastikan anda Wasiat yang disimpan dalam simpanan selamat. Terlibat kami sebagai Custodian walaupun jika anda pernah memutuskan bagi melantik anda mempunyai mengutamakan individu Executor untuk anda Wasiat dan menjadi yakin yang anda Wasiat adalah selamat dan rah hanya yuran yang setimpal


MENIKMATI sepanjang hayat BEBAS JAGAAN WASIAT DAN satu kemas kini tahunan inventori anda DI ATAS pelantikan kita SEBAGAI wasi anda DAN PEMEGANG AMANAH


PENTADBIRAN HARTANAH

Pentadbiran harta adalah jalan tindakan itu mengambil oleh satu Administrator atau Executor daripada titik mendapatkan Letter Representation untuk taburan aset-aset. Satu dilantik pentadbir estet atau Executor akan membuat perlu permohonan untuk mengeluarkan Letter Representation (Surat Pentadbiran atau Grant Probet) dan akan memastikan yang taburan aset-aset adalah dibuat selaras untuk hukum syarak berkaitan dan / atau selaras kepada Faraid Certificate.

FAEDAH-FAEDAH MELANTIK PADA PB TRUSTEE SERVICES BERHAD SEBAGAI EXECUTOR / TRUSTEE DIBAWAH WASIAT

Kami merasa megah dalam pentadbiran kita amanah dan ladang-ladang. Kerana pemegang amanah, kami menguruskan cabaran yang tidak dapat dielakkan timbul di dalam keluarga-keluarga semasa waktu kesedihan mereka. Kami menyediakan kesinambungan dan objektiviti, melindungi warisan keluarga daripada satu kepelbagaian risiko-risiko, ketidakupayaan, pengurusan aset tidak cekap dan penipuan, peristiwa-peristiwa hidup seperti perceraian, perkahwinan semula dan pengaruh-pengaruh tidak diingini. Kami menerima tanggungjawab itu untuk memastikan bahawa kita Client harapan-harapan adalah menguatkuasakan dan menghuraikan untuk waris-waris mereka. Dengan memperolehi PB TRUSTEE SERVICES BERHAD membekalkan, anda akan menikmati pengikut faedah-faedah:

SEPATUTNYA SYARIKAT AMANAH AUTRHORISED
PB TRUSTEE SERVICES BERHAD adalah sepatutnya berdaftar di bawah Syarikat-syarikat Amanah itu Akta 1949 dan dibenarkan dengan undang-undang bagi menjalankan semua jenis bagi perniagaan Trustee.

KOMPREHENSIF DAN KHUSUS
Kami telah ditubuhkan semenjak 1968 sebagai satu syarikat amanah yang khusus dan komprehensif dan turut menikmati sokongan kewangan, sokongan modal insan dan sumber-
sumber lain sebagai seorang ahli Public Bank Group.

RAHSIA
Kerahsiaan pelanggan sentiasa ada dikekalkan oleh kita terlatih secara profesional pasukan kakitangan.

BERTANGGUNGJAWAB DAN KESAKSAMAAN
Kami satu pemegang amanah korporat, diberi kuasa sewajarnya dan dilaraskan oleh undang-undang. Kami mengekalkan laku kita dan kewajipan fidusiari untuk bertindak dengan kesaksamaan ketat dalam semua Trust perkara-perkara tanpa sebarang konflik kepentingan.

PENGALAMAN
Kami telah dalam perniagaan Trustee selama 40 tahun dan pasukan kita profesional-profesional adalah mengalami dan terlatih bagi menawarkan nasihat profesional untuk Pelanggan kita..

KEBOLEHCAPAIAN / CONTINUITY
Pemegang amanah individu atau wasi-wasi mungkin tidak dapat dikesan atau mungkin menjadi tidak upaya, tidak sanggup untuk bertindak atau mungkin mati dahulu Testator, apabila masa itu datang untuk mengambil pemegang amanah / wasi untuk bertindak, PB TRUSTEE SERVICES BERHAD, sebagai entiti Corporate, akan sentiasa ada boleh dicapai / boleh didapati tentang setiap hari perniagaan, untuk jangka masa panjang.

BARISAN LENGKAP PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN
Kami menyediakan barisan lengkap Services seperti Trust, Wasiat, Executorship, Custodian dan Estate Administration Services yang boleh disesuaikan bagi memenuhi keperluan kebanyakan daripada keperluan-keperluan anda.

senarai nama dana islamik

1.Equity Fund
Public Ittikal Fund
Public Islamic Equity Fund
Public Islamic Opportunities Fund
Public Islamic Dividend Fund
Public Asia Ittikal Fund
Public Islamic Asia Dividend Fund
Public Islamic Sector Select Fund
Public China Ittikal Fund
Public Islamic Select Treasures Fund
Public Islamic Optimal Growth Fund
Public Islamic Select Enterprises Fund

2.Balanced Fund
Public Islamic Balanced Fund
Public Islamic Asia Balanced Fund

3. Bond Fund
Public Islamic Bond Fund
Public Islamic Enhanced Bond Fund
Public Islamic Select Bond Fund

4. Fixed Income Fund
Public Islamic Income Fund

5. Money Market Fund
Public Islamic Money Market Fund

















Small Savings
Make a BIG difference

Langkah 5 : Mengira berapa banyak yang anda perlu menyimpan setiap bulan

Ini merupakan bahagian paling penting dalam program ini. Oleh sebab anda sudah mempunyai jangkamasa bila anda akan bersara,anda mesti mendapatkan pulangan yang terbanyak daripada pelaburan-pelaburan anda dalam tempoh tersebut.Jikalau pulangan anda lebih tinggi,lebih senang anda akan mencapai matlamat anda. Namun demikian, anda perlu mengambil risiko saling bergandingan tahu bahawa ganjaran dan risiko saling bergandingan ;semakin tinggi potensi pulangan,anda perlu mengambil risiko yang semakin tinggi.

Contoh Senario

Adam merancang untuk melabur di dalam saham-saham dan unit-unit amanah untuk membiayi kekurangan tabung persarannya.Dengan menggunakan contoh pulangan tahunan 9%,dia perlu melabur rm 1,484 setiap bulan untuk mendapat rm 995,869 pada masa dia bersara 20 tahun kemudian.

________________________________________

Jumlah diperlukan = rm995,869

Pelaburan bulanan = rm995,869 X 0.00149
(pulangan tahunan 9% untuk 20 tahun) = rm 1,484

_________________________________________


Langkah 4 : Sediakan pelaburan berjumlah besar untuk memulakan program tersebut

Ia akan membantu sekiranya anda ada satu simpanan berjumlah besar untuk memulakan program itu.Terlebih dahulu, anda perlu menyediakan sekurang-kurangnya jumlah perbelanjaan untuk enam bulan sebagai tabung persediaan kecemasan.

Contoh senario:-

Selepas menyediakan tabung persedian kecemasaan untuk enam bulan, Adam ada kira-kira rm 70,000 untuk memulakan program pelaburannya.Dia merancang untuk melabur jumlah itu ke dalam satu dana unit amanah ekuiti yang dijangka akan memberi pulangan tahunan sebanyak 9%.Ini bermakna pelaburannya akan bertambah sehingga rm 392,000 semasa dia bersara, meninggalkan kekurangan sebanyak rm995,869 untuk tabung persaraannya.


_________________________________________________

Pelaburan jumlah besar = rm 70,000

Jumlah selepas 20 tahun = rm 70,000 X5.60
(dengan pulangan tahunan 9%) = rm 392,000

Kekurangan
(selepas pelaburan jumlah besar) = rm1,387,869 -rm 392,000
= rm 995,869
_________________________________________________


Langkah ke 3 : Menghitung beberapa banyak yang diperlukan untuk menjana tabung persaraan anda dan kekurangannya

Untuk menjana wang yang secukupnya untuk persaraan, anda perlu menabung sejumlah wang ke dalam alat pelaburan yang memberi pulangan yang baik.

Namun demikian, anda patut mengambil kira perhatian bahawa walaupun anda telah bersara,inflasi akan terus melambung naik.Oleh itu, pulangan sebenaranda akan menjadi kurang selepas dilaraskan dengan inflasi.

Contoh senario:-
Adam bermatlamat mendapat 5% pulangan daripada pelaburan semasa persaraanya .Dengan mengunakan perbelanjaan tahunan berjumlah rm 105,120 dan kadar pulangan benarnya (kadar pulangan benar semasa persaraan selepas diselaraskan dengan kadar inflasi ,5-4% ~ 1%),dia akan memerlukan kira-kira rm 2,337.869 untuk menampung dirinya untuk 25 tahun tempoh persaraan
_____________________________________________
Tabung Pelaburan yang diperlukan pada umur persaraan=
rm 105,120 X22.24
=rm 2,337.869
_____________________________________________


Selepas pengiraan jumlah tabung pelaburan yang anda perlukan, anda perlu menentukan berapa banyak yang anda masih kurang.Dengan menolak jumlah KWSP yang dijangka ada semasa anda bersara nanti,anda dapat menentkan berapa banyak yang anda perlu menyimpan sebelum anda bersara



contoh senario
Adam menjangka dia akan lebih kurang rm 950,000 dalam akaun kwspnya semasa dia bersara.Ini bermaksud dia perlu menjanakan rm 1,387,869 dalam tempoh 20 tahun dari sekarang.

____________________________________________________
Tabung Persaraan = rm 2,337,869
Simpanan KWSP =rm 950,000

Kekurangan = rm 2,337,869 - rm 950,000
= rm1,387,869
____________________________________________________

Ada apa pada saya nak diwasiatkan?


Setiap orang pasti mempunyai harta.Cuma bezanya sedikit atau banyak.Wang simpanan didalam bank, kenderaan yang dimiliki samada masih berhutang atau tidak merupakan harta bakal ditinggalkan. Wang caruman KWSP hasil bekerja bertahun-tahun, juga termasuk didalam harta pusaka. Bagi yang telah memiliki rumah walaupun masih berhutang dengan bank juga merupakan harta pusaka.


FAKTA!!
98% Rakyat Malaysia tidak memiliki wasiat
99% Orang Islam di Malaysia tidak Memiliki wasiat
900,000 Hak milik Tanah kepunyaan 'ORANG MATI'
RM 40 Billion tunai tidak dituntut waris simati

Kenapa Perlu wasiat ??..

Kenapa perlu wasiat?..

HARTA si mati akan DIBEKUKAN!! bermakna :-

  1. Wang simpanan di bank tidak boleh diambil oleh waris walaupun untuk menguruskan pengkebumian
  2. Harta perniagaan tidak dapat diagihkan kepada waris dan mungkin berlaku ketidakadilan di dalam pembahagian kepada waris yang berhak
  3. Tanah atau rumah tidak boleh dipindah milik, dicagarkan ke bank atau dijual.Ini menyebabkan kesukaran memajukan tanah tersebut.
  4. Kenderaan tidak boleh dipindah milik atau dijual dan mungkin mengakibat cukai jalan tidak boleh diperbaharui




Jika tanpa WASIAT

  • Proses mendapatkan harta peninggalan mengambil masa yang panjang bertahun-tahun lamanya 2-10 tahun malah ada yang lebih 10 tahun dan mungkin waris sudah tiada lagi di dunia ini apabila kes selesai


Langkah ke 2 perancangan Persaraan

Langkah 2: Menentukan keperluan persaraan anda

Langkah yang seterusnya adalah untuk memikirkan tentang apa yang anda akan lakukan di sepanjang tempoh persaraan. Anda juga perlu memberi perhatian kepada perbelanjaan hidup asas anda semasa persaraan- termasuk yang akan meningkat dan yang akan menurun kosnya.

satu cara mudah untuk mengukur berapa banyak yang anda perlu untuk persaraan anda adalah dengan mengambil 80 hingga 90 peratus daripada perbelanjaan tahunan anda yang terkini.Bagaimanapun, anda juga perlu mengambil kira kadar inflasi untuk tahun-tahun sebelum persaraan anda.


contoh senario

Perbelanjaan tahunan adam berjumlah rm 60,000 ( termasuk pembayaran balik pinjaman untuk rumah dan kereta.) menjangkau persaraanya,Adam bermatlamat untuk membayar sepenuhnya cagaran dan bebas dari sebarang hutang di sepanjang tahun-tahun keemasanya.Oleh itu, pada anggarannya perbelanjaan semasanya.Dengan mengambil kira inflasi tahunan 4 % perbelanjaannya akan meningkat ke rm 105,120 selepas 20 tahun.
____________________________________________________
Perbelanjaan semasa = rm 60,000

Perbelanjaan Masa Depan = (rm 60,000 X 80% )X 2.19
= rm 105,120
___________________________________________________





Jangka umur persaraan

Dengan mengikuti langkah-langkah beriku, anda boleh mula melangkah ke gaya hidup persaraan yang diidamkan:-

Langkah 1 :Menjangka umur persaraan anda dan tempoh tahun keemasan
walaupun persaraan awal amat diidami, ia juga bermaksud anda memerlukan wang persaraan yang lebih banyak kerana tempoh persaraan anda menjadi lebih lam.

Menurut Bank Negara Malaysia, Purata jangka hayat rakyat Malaysia adalah 77 tahun untuk lelakidan 83 untuk perempuan. Ini juga bermakna wang persaraan anda perlu menghadapi kesan hakisan inflasi untuk kira-kira 20 tahun. Oleh demikian, adalah amat penting untuk anda menyediakan wang simpanan yang mencukupi untuk membiayai taraf hidup yang semakin meningkat.

Contoh senario

Adam adalah seorang pengurus bank berumur 35 tahun yang ingin bersara pada umur 55 tahun dan dia menjangka dia akan hidup sehingga umur 80 tahun. Ini bermaksud tempoh persaraannya ialah 25 tahun dan dia mempunyai 20 tahun untuk menyediakan wang persaraanya.



Perancangan Persaraan

Penyediaan untuk bertahun-tahun keemasan anda

Setiap individu daripada pekerjaan dan lingkungan umur yang berbeza akan bersara pada suatu hari nanti.

Tanpa mengira bagaimana anda ingin menghabiskan tahun-tahun keemasan anda,anda perlu membuat persediaan kewangan yang mencukupi terlebih dahulu,.



Dana-dana Public Mutual yang diluluskan oleh KWSP

Public Mutual menawarkan siri dana-dana unit amanah yang luas bagi memenuhi keperluan pelaburan anda .Sama ada seorang pelabur agresif, sederhana atau konservatif, kami mempunyai dana yang sesuai untuk anda.

















Amaun Pelaburan Minimum dan Caj
  • Pelaburan Minimum seunit- RM 1,000.00
  • Caj Perkhidmatan seunit- sehingga 3% daripada nilai aset bersih seunit, seperti yang ditetapkan oleh KWSP

Kelayakan melabur

Ahli-ahli kwsp mesti mempunyai Simpanan Asas yang ternyata di bawah mengikut umur untuk melabur.



Contoh:-
Ahmad berumur 33 tahun. Berdasarkan penyata yang terkini,jumlah simpanan dalam Akaun 1 ialah rm 70,000.Dengan merujuk kepada jadual Simpanan Asas diatas, Simpanan asas yang diperlukannya dalam Akaun 1 ialah rm 24,000.00.Ini bermakna dia layak mengeluarkan jumlah minimum rm 1,000.00 dan maksimum rm 9,200 daripada simpanan KWSPnya untul pelaburan dalam unit-unit amanah.

_______________________________________________________

Pengiraan = (RM 70,000 - RM 24,000) X 20%
=RM 9,200
________________________________________________________

Untuk mengetahui sama ada anda layak
  • semak penyata akaun kwsp anda yang terkini;atau
  • semak baki akaun anda di mana-mana Smart Kiosk KWSP di seluruh negara dengan menggunakan Mykad anda; atau
  • Melayari KWSP untuk maklumat terperinci tentang lokasi Smart Kiosk dan masa operasi




Mula tingkatkan simpanan KWSP anda dengan Public Mutual













Mengapa?
Pemimpin Industri
  • Public Mutual merupakan pemimpin dalam industri unit amanah swasta di Malaysia dan Mengusai lebih daripada 39.4% bahagian pasaran.
  • Dalam mengekalkan kedudukan no 1 dalam industri, kami meguruskan lebih daripada 60 dana dengan nilai aset bersih berjumlah rm 23.5 billion untuk lebih daripada 2,000,000 pemegang akaun.
  • sebagai anak syarikat milik penuh Public Bank , Public Mutual disokong oleh sumber-sumber kaya bank.
Trek rekod yang unggul dalam memenangi anugerah
Pengurus dana unit amanah yang paling banyak menerima anugerah di Malaysia , iaitu sebanyak 134 anugerah industri sejak 1999

Pengalaman yang luas
mempunyai 28 tahun pengalaman dalam pengurusan dana




Melabur Wang Simpanan KWSP anda dengan Public Mutual

Kos sara hidup semakin meningkat dan ramai rakyat Malaysia perlu kini sedar bahawa mereka perlu menjana wang persaraan yang lebih banyak.Dengan melaburkan wang KWSP anda dalam produk-produk unit amanah, anda mempunyai peluang-peluang yang lebih banyak untuk mengatasi kesan-kesan inflasi dan menikmati tahun-tahun keemasan anda.



Lebih Kurang 70% daripada penyumbang-penyumbang yang mengeluarkan wang simpanan KWSP mereka pada umur 55 tahun habis membelanjakan wang simpanan tersebut dalam tempoh tiga tahun
~Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP)~
(Sumber :NST,27 Disember 2008)















Manfaat-manfaat
  • Tidak memerlukan pelaburan tunai
Pelaburan diuruskan terus daripada akaun 1 kwsp anda
  • Kepelbagaian
Peluang untuk mempelbagaikan wang persaraan anda dengan dana-dana yang diluluskan oleh KWSP
  • Pertumbuhan Modal
Peluang untuk menikmati pertumbuhan modal yang merupakan sebahagian daripada pulangan pelaburan untuk meningkatkan jumlah wang simpanan KWSP anda.

Skim Pelaburan Ahli KWSP
  • Skim ini membenarkan ahli-ahli KWSP untuk melabur 20% daripada baki yang melebihi Simpanan Asas yang diperlukan dalam Akaun 1
  • Anda hanya boleh melabur melalui syarikat dana unit amanah atau institusi Pengurus Dana(IPD) yang dilantik oleh Kementerian Kewangan.
  • Nombor IPD Public Mutual ialah 003
  • Anda dibenarkan membuat pengeluaran pertama, dengan syarat anda masih layak dibawah skim ini.

Komponen-Komponen Wasiat

  1. Wasi/PemegangAmanah - Melaksanakan arahan atau kehendak anda seperti yang ditetapkan dalam wasiat
  2. Penyimpan Wasiat - Memastikan bahawa Wasiat akan disimpan di tempat yang selamat.
  3. Penatdbir Harta Pusaka-Membuat permohonan yang diperlukan bagi mendapatkan Surat Representasi (Surat Kuasa Mentadbir atau Geran Probet) dan akan memastikan pembahagian harta dilaksanakan menurut undang-undang Islam atau/ dan sijil Faraid
Lebih Penjimatan dengan menulils Wasiat dengan kami!!

Mengapa anda pelu melantik beberapa pihak untuk merancangkan pusaka anda?
Public mutual berhad dan PB Trustee (PBTSB) bekerjasama untuk menyediakan Perkhidmatan Penulisan Wasiat untuk Pelabur-pelabur yang ingin memastikan harta pusaka mereka diwasiatkan kepada orang tersayang mereka dengan cara yang mudah dan efisen dalam jangka waktu yang paling singkat.

1. Nikmati diskaun untuk yuran Penulisan Wasiat daripada PBTSB!! Pelabur-pelabur Mutual Gold boleh menulis Wasiat mereka secara Percuma*

2. Nikmatilah perkhidmatan penyimpanan Wasiat sepanjang hayat secara percuma sekiranya PBTSB menulis wasiat anda dan dilantik sebagai Wasi Tunggal!!

Perkhidmatan penulisan Wasiat

Seperti yang anda maklum,nabi Muhammad menggalakkan pengikut-pengikutnya menulis wasiat apabila mereka mewasiatkan harta pusaka untuk pewaris mereka .Walaupun faraid (undang-undang Harta Pusaka Islam) menetapkan had yang tertentu , tetapi ia membenarkan penggunaan Wasiat bertulis sebagai cara fleksibel untuk membahagi-bahagikan harta seseorang.Oleh itu, Wasiat merupakan dokumen yang sah dan terikat kepada undang-undang yang sedia dan ia merangkumi hasrat-hasrat anda.

Pengertian Wasiat:-

wasiat merupakan satu instrumen yang anda boleh gunakan untuk mengagihkan harta pusaka anda untuk ahli-ahli keluarga tersayang setelah pemergian anda.Wasiat anda menyatakan dengan jelas siapa yang mewarisi aset-aset anda dan syarat-syarat yang perlu dipenuhi sebelum mereka mewarisi aset-aset anda.

Faedah-faedah Mempunyai Wasiat
  • Perisytiharan 'Harta Sepencarian' (terhad kepada maksimum 50% daripada sejumlah harta pusaka)
  • Membolehkan pembahagian sehingga 1/3 daripada harta pusaka kepada waris bukan faraid.Ini termasuk cucu,anak angkat,ibu-bapa/anak-anak/ahli keluarga Bukan Islam atau pertubuhan-pertubuhan amal.
  • Dengan persetujuan semua waris anda , anda dibenarkan untuk memberi hadiah kepada waris tertentu menurut kehendak anda.
  • Berkeupayaan untuk melantik Wasi dan Pemegang Amanah pilihan anda untuk menguruskan dan membahagikan harta pusaka; dan Penjaga untuk bertindak sebagai penjaga anak-anak anda yang di bawah umur atau anak-anak yang kurang upaya
  • meminimumkan formaliti perundangan dan perbelanjaan dengan pentadbiran & pembahagian harta yangcekap selepas seseorang meningal dunia
  • Boleh mengarahkan /meninggalkan pesanan untuk orang-orang tertentu dan dikecualikan daripada keperluan untuk menyediakan Bon Pentadbiran

ciri-ciri wasiat Islam

Terdapat beberapa ciri dan prinsip wasiat Islam yang perlu dipatuhi:-

  1. Harta yang hendak diwasiatkan mestilah tidak lebih daripada 1/3 satu per tiga daripada harta pusaka bersih kecuali mendapat persetujuan daripada ahli-ahli waris.
  2. Penerimanya hendaklah bukan waris iaitu mereka tiada hak faraid keatas pusaka simati kecuali mendapat persetujuan daripada ahli-ahli waris yang lain.
  3. Jika penerima wasiat meninggal dunia semasa hayat pewasiat,maka wasiat tersebut adalah terbatal
  4. Jika penerima wasiat meninggal dunia selepas menerima wasiat dan selepas kematian pewasiat, maka haknya boleh diwarisi oleh waris penerima
  5. selepas kematian pewasiat ,perlu ditolak dahulu kos perbelanjaan pengkubumian dan pembayaran hutang simati
  6. Wasiat boleh ditarikbalik pada bila-bila masa kerana ia hanya berkuatkuasa selepas kematian pewasiat dan wasiat tersebut perlulah dibuat secara sukarela
Keperluan Wasiat

Sebab Utama mengapa anda perlu memiliki dokumen wasiat.

Terdapat begitu banyak sebab mengapa anda perlu memiliki dokumen wasiat, namun terdapat tiga sebab utama yang seharusnya diberi perhatian berat khususnya bagi seseorang Muslim dan Mukmin.

1. Mempercepatkan Proses Penyelesaian Pusaka

Apabila berlaku kematian, sebahagian besar harta-harta simati akan dibekukan.Dengan memiliki dokumen wasiat, proses untuk mendapatkan Geran Probet (surat kuasa untuk mentadbir pusaka) oleh wasi yang telah dinamakan di dalam wasiat lebih mudah dan cepat.Lebih lengkap dokumen wasiat(seperti penyenaraian harta, hutang, harta sepencarian)maka lebih cepat proses pentadbiran harta pusaka dapat diselesaikan.

secara umumnya tempoh penyelesaian pusakan dengan adanya wasiat ialah di antara 4- 12 bulan berbanding di anatara 2-5 tahun (atau lebih) tanpa dokumen wasiat.Lebih lama proses penyelesaian,maka selama itulah juga kesengsaraan yang akan dirasai oleh waris-waris yang kita tinggalkan.

Pernahkah anda terfikir apa akan berlaku kepada isteri/suami dan orang-orang yang tersayang anda jika anda meninggalkan mereka tanpa wasiat?

kemungkinan besar, inilah yang akan berlaku:-

Susah payah Akibat Birokrasi
Mahukah anda membiarkan isteri dan orang yang tersayang berpenat-lelah ke hulu ke hilir turun-naik mahkamah untuk mendapatkan haknya ( menyediakan pelbagai keperluan makhamah - fakta-fakta, dokumen, pembuktian,) serta mengharungi pelbagai birokrasi pejabat untuk menguruskan harta bermasalah yang anda tinggalkan kepda mereka akibat tiada persediaan dan perancangan..

TekananJiwa Akibat Birokrasi
Tanpa persediaan, orang kesayangan anda akan mengalami tekanan demi tekanan akibat perbalahan dan perebutan yang mungkin berlaku di kalangan kaum keluarga dan saudara-mara, yang sepatutnya membantu tetapi sebaliknya lebih banyak menyusahkan

Berdasakan Fakta, begitu banyak kes yang tidak dapat diselesaikan akibat tidak mendapat kerjasama daripada saudara-mara dan ahli keluarga atas pelbagai sebab.

Bayangkan, pada masa yang sama beliau perlukan memikirkan bagaimana untuk menggantikan punca pendapatan yang hilang bagi menyara kehidupan mereka seterusnya, tanpa anda!!

2.Melunaskan Hutang dan tanggungan

Pada zaman ini, boleh dikatakan sebahagian besar daripada kita berhutang, ada yang banyak, ada yang sedikit.Berhutang atau meminjam untuk keprluan Islam adalah dibenarkan dalam Islam namun islam turut menekankan dengan tegas mengenai tanggung jawab untuk membayar hutang , walaupun selepas kematian.

Antara peringatan yang disabdakan oleh Rasulullah saw:

Sesungguhnya orang yang berhutang terpenjara di kuburnya sehingga hutang tersebut diselesaikan (oleh saudara-maranya).

- Hadis riwayat At-Tabrani

Malah tidak terkecuali bagi mereka yang mati syahid sepertimana sabda Rasulullah s.a.w.:
Diampuni semua dosa orang yang mati syahid kecuali hutang.

- Hadis riwayat Muslim
Berdasarkan hadis-hadis di atas, bermakna seseorang Muslim itu amat memerlukan waris-waris & saudara-mara mereka yang masih hidup untuk menyelesaikan segala tanggungan hutang yang ada selepas kematiannya.

Persoalannya:

Tahukah saudara mara dan waris-waris anda mengenai hutang-hutang yang anda ada? Berapa ramai di antara kita yang mempunyai hutang tetapi tidak bertulis sedangkan itulah yang disarankan di dalam al-Quran? Sekiranya ini berlaku iaitu bagi hutang yang tidak bertulis, apakah jaminan bahawa hutang-hutang tersebut akan diselesaikan oleh waris-waris kita?

Oleh itu, salah satu daripada keperluan dokumen wasiat ialah untuk anda menyenaraikan dengan lengkap segala jenis harta dan tanggungan hutang anda supaya dapat diuruskan dengan licin dan sempurna oleh waris-waris anda. Ini bermakna dokumen wasiat merupakan satu dokumen yang teramat penting untuk anda miliki kerana dokumen wasiat inilah yang akan menjadi sumber rujukan utama mengenai harta dan tanggungan anda selepas ketiadaan anda kelak.

Tanpa dokumen wasiat, waris-waris tidak boleh berbuat apa-apa mengenai hutang-hutang anda (sebab mereka tidak tahu), dan anda juga tidak boleh berbuat apa-apa ketika itu (sebab tiada peluang kedua untuk anda kembali ke dunia!).

Jadi… Mahukah anda terbelenggu (dengan siksaan yang AMAT PEDIH) di kubur (selagi hutang kita tidak diselesaikan…, selama mana pula???) dan dosa tidak diampuni (apatah lagi jika bukan mati syahid), akibat kelalaian dan kemalasan anda sendiri membuat persediaan? Masihkah anda sanggup BERTANGGUH LAGI seolah-olah ia perkara sampingan? …sedangkan KEMATIAN adalah PASTI???

3. MENYEMPURNAKAN HAK DAN HASRAT
  • untuk yang tersayang (yang masih hidup selepas kematian anda)
  • untuk diri anda (yang pasti akan mati!)
a) Menyempurnakan HAK (waris yang ditinggalkan)

Menurut Islam, selepas kematian seseorang Muslim, maka wujudlah hak-hak tertentu ke atas harta yang ditinggalkannya. Hak-hak tersebut telahpun ditentukan sendiri oleh ALLAH secara khusus di bawah hukum faraid. Pembahagian faraid kepada yang berhak hukumnya adalah WAJIB untuk ditunaikan, dan FARDHU KIFAYAH kepada umat Islam (khususnya waris-waris) untuk menyelesaikannya.

Bagaimanapun terdapat salah faham dalam masyarakat Melayu kita di mana ramai yang merasakan bahawa mereka tidak perlu membuat wasiat kerana telah adanya hukum faraid. Persoalannya, apakah jaminan bahawa mereka (waris-waris) tersebut akan mendapat hak mereka jika kita sendiri tidak membuat langkah-langkah awal bagi memastikan hukum tersebut dapat dilaksanakan dengan sempurna?

Sedarkah anda bahawa umat Islam kita masih jauh ketinggalan dan gagal dalam melaksanakan hukum faraid ini? Realitinya, sebanyak sejuta kes tanah pusaka di Malaysia (laporan Pejabat Tanah) dianggar bernilai RM38 bilion masih tidak dapat diselesaikan kerana masalah pewarisan dan 90% daripadanya adalah milik orang Melayu (yang rata-ratanya beragama Islam). Ini bermakna begitu banyak sekali harta-harta umat Islam yang terbeku dan begitu ramai yang tidak mendapat bahagian hak mereka termasuk mereka yang sepatutnya mendapat hak faraid.

Kini timbul persoalan dari segi hukumnya, siapakah yang akan menanggung dosa-dosa ini?
Keadaan di atas berlaku akibat kelalaian dan kegagalan umat Islam sendiri dalam membuat langkah-langkah persediaan ketika hidupnya. Oleh itu, apakah langkah dan persediaan kita sendiri supaya keadaan ini tidak akan berlaku kepada harta-harta kita pula?

Dengan persediaan yang baik dan melalui dokumen wasiat yang lengkap dan sempurna, sudah tentu akan dapat MENJAMIN hak-hak untuk mereka yang tersayang (ibu, ayah, isteri, suami, anak-anak) akan mendapat hak mereka (termasuk hak harta sepencarian pasangan) sekaligus hukum faraid dapat ditunaikan.

b) Menyempurnakan HASRAT (pahala berkekalan)

Di samping hak-hak yang memang telah termaktub dalam hukum, kita juga boleh menyempurnakan hasrat dan niat murni kita yang lain khususnya untuk TUJUAN KEBAJIKAN.

Melalui wasiat, hasrat untuk membantu atau membela mereka yang tidak mendapat bahagian faraid dapat ditunaikan seperti waris terdinding, cucu yang kematian ayah, anak angkat, ibu bapa angkat, ahli keluarga asal muallaf yang masih tidak beragama Islam dan sebagainya (terhad 1/3 daripada pusaka bersih).

Begitu juga niat untuk menginfaqkan harta melalui amalan sedekah jariah dan berwaqaf untuk manfaat ummah dan ganjaran pahala yang berkekalan sebagaimana sabda Rasulullah saw:

Apabila mati seseorang anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: i) sedekah jariah, ii) ilmu yang dimanfaatkan dan iii) anak soleh yang sentiasa mendoakannya.
- Hadis riwayat Muslim

FIKIRKAN AKIBATNYA...

Kepada Orang Tersayang....
  • >> Sanggupkah kita menganiaya kaum keluarga dan orang-orang yang kita sayangi dengan menyusahkan mereka selepas ketiadaan kita dan apatah lagi sehingga mereka tidak mendapat hak mereka akibat kelalaian kita?

Kepada Diri Sendiri
....
  • >>Dan sanggupkah kita menganiaya diri kita sendiri dengan SIKSAAN yang AMAT PEDIH akibat kegagalan kita menunaikan tanggungjawab kita ketika di dunia sekarang ini?!!
KESIMPULAN

KEMATIAN ADALAH PASTI, cuma yang belum pasti ialah BILA?
YANG PASTI, hari ini kita masih lagi merasai nikmat hidup. Ketika masih hidup inilah kita harus beringat!