5 Prinsip menangani hutang


Berikut adalah 5 prinsip menangani hutang-hutang untuk menjadi panduan anda:

1->Menganggap semua bayaran bulanan anda sebagai satu bayaran tungal besar
Bermula dengan mengenal pasti semua tangunggan kewangan anda dan menghitung jumlah yang anda perlu bayar setiap bulan.Buat satu belanjawan bagi bawa pulang anda untuk membayar jumlah yang sama setiap bulan dan mengubahsuai peruntukan apabila keadaan bertukar dan beberapa hutang telah habis dibayar.

2-> Sekiranya terdapat pinjaman yang hanya dikenakan bayaran minimum, selalu cuba membayar sebanyak mungkin pada pinjaman yang paling kecil
Membayar habis pinjaman dengan baki terendah diikuti dengan baki terendah yang berikut sehingga semua hutang habis dibayar,Juga dikenali sebagai kaedah "bola salji hutang" ia akan membantu anda mengurangkan jumlah hutang tertunggak dengan berkesan.Sementara itu, ia juga memberi perasaan kejayaan apabila anda mengahapuskan hutang satu demi satu.

3->Jika anda boleh menunda membuat pembayaran untuk apa-apa pinjaman, tundakan pinjaman dengan kadar faedah terendah
Selain daripada menumpukan perhatian pada hutang dengan baki terendah, anda mungkin ingin membayar habis pinjaman yang menenanggung kadar faedah tertinggi.ini akan membantu anda menjimat lebih pada jangka masa panjang kerana hutang-hutang anda akan bertambah dengan kadar cepat sekiranya tidak dibayar secepat mungkin disebabkan caj faedah.

4-> Bandingkan pakej-pakej pinjaman untuk mendapatkan kadar faedah terendah
Jikalau anda ingin memohon pinjaman, pastikan anda membandingkan pakej-pakej berbeza yang ditawarkan oleh instituisi-instituisi kewangan. Dapatkan pakej dengan kadar faedah paling rendah yang mengira baki pada asas harian dan juga memberi pilihan untuk anda membuat pembayaran semula dengan awal.Ini akan membantu mengurangkan jumlah faedah dibayar dan memendekkan tempoh pemegangan pinjaman.

5->Jangan sekali-kali bersetujua untuk menjadi PENJAMIN untuk seseorang kecuali anda telah menyediakan wang tunai secukupnya untuk membayar semula pinjaman semula pinjaman itu sekiranya orang itu gagal memebayar balik.
Anda perlu memikirkan dengan teliti sebelum anda bersetuju untuk menjadi penjamin untuk seseorang.Jika pinjaman tersebut gagal dibayar, anda mungkin dikehendaki membayar bagi orang itu.Oleh itu, anda mesti menyediakan wang secukupnya sekiranya kejadian tersebut berlaku.Hanya bersetuju menjadi penjamin untuk orang yang anda kenal dan percaya.

Pengurusan Hutang


Memulakan perjalanan kearah kebebasan kewangan secara tidak berhutang

Hutang merupakan sesuatu yang hampir tidak dapat dielakkan.Ini disebabkan kebanyakan daripada kita akan membeli rumah sendiri pada masa depan manakala sesetengah mungkin perlu mengambil pinjaman pelajaran untuk pengajian tinggi.Bagaimanapun terdapat hutang yang lebih penting daripada yang lain.Sebagai contoh, ia adalah amat penting untuk anda membayar pinjaman perumahan dengan kerap kerana kegagalan untuk membuat pembayaran boleh menyebabkan anda kehilangan rumah.Bil-bil utiliti juga penting kerana anda akan terputus bekalan sekiranya anda tidak membuat pembayaran.

Nisbah hutang merujuk kepada peratusan bagi tanggungan kewangan daripada gaji bawa pulang anda

Nisabah hutang =_tanggungan kewangan__ X 100%
gaji bawa pulang

secara umum, tahap nisbah hutang yang selamat adalah lebih kurang 35 peratus daripada gaji anda, dimana 25 peratus terdiri daripada pinjaman perumahan.
Nisbah yang lebih tinggi daripada itu adalah tanda bahwa anda mungkin perlu menilai semula kewangan anda.