wikend lepas, buat la makan-makan kat rumah ..jemput kawan-kawan datang rumah makan..ader la sedikit jamuan...rancak sembang macam-macam la gelagat anak-anak yang datang kat rumah..excited..nervous semua ada.,..pastu kawan husband pun ramai jugak yang bertandang..seronok melayan tetamu,.. pelbagai topik yang dibicarakan..
tapi yang pasti ade satu kesah yang bagi aku mengalir air mata,.. ini kisahnya.
kawan kepada suami bercerita tentang kenalan rapatnya begini ceritanya;kisah benar.
aminah (bukan nama sebenar) dan ahmad (bukan nama sebenar) bercinta dan niat untuk mendirikan rumah tangga..selepas itu dalam masa yang singkat itu mereka dikurniakan cahaya mata,..anak itu lahir pramatang..alhamdulillah cukup sifat sempurna.pasangan ini berkahwin hanya 2 tahun sahaja.dalam masa singkat ini ahmad jatuh sakit,.bawak ke spital masuk ke unit rawatan rapi,.. masih tidak tahu apa punca sakit ahmad. amik air dari tulang sum-sum namun tidak juga menjumpai punca penyakit.... doktor buat surgeon amik sebelah tempurung kepala ahmad untuk siasat ..namun tiada berhasil apa yang dapat kepada ahmad bengkak muka. Allah lebih menyangi ahmad. ahmad menarik nafasnya yang terakhir pada hari lahir aminah.
bila aku amati cubaan yang Allah turunkan kepada aminah tak sanggup rasanya. namun aminah tabah menghadapinya.Kita hanya menrancang Allah yang menentukan segalanya.
Bagi aku,.. aku hanya boleh doakan yang terbaik untuk aminah.
Bagi yang kat luar sana sayangilah orang yang tersayang.sayang mereka bila ada sekrang jangan terlewat,.Bagi yang masih berkesempatan nak amik medikal kad,..atau apa2 wasiat untuk backup yang tersayang silakan selagi masih sempat.
sedutan Tanyalah Ustaz;
jadilah orang yang bila sudah tiada,dirindui,..dikenangi..
janganlah jadi bila sudah kita tiada,disyukuri,disukai dan lain-lain lagi.
peringatan ini untuk aku sendiri.
sekian coretan kali ini.
