
Memulakan perjalanan kearah kebebasan kewangan secara tidak berhutang
Hutang merupakan sesuatu yang hampir tidak dapat dielakkan.Ini disebabkan kebanyakan daripada kita akan membeli rumah sendiri pada masa depan manakala sesetengah mungkin perlu mengambil pinjaman pelajaran untuk pengajian tinggi.Bagaimanapun terdapat hutang yang lebih penting daripada yang lain.Sebagai contoh, ia adalah amat penting untuk anda membayar pinjaman perumahan dengan kerap kerana kegagalan untuk membuat pembayaran boleh menyebabkan anda kehilangan rumah.Bil-bil utiliti juga penting kerana anda akan terputus bekalan sekiranya anda tidak membuat pembayaran.
Nisbah hutang merujuk kepada peratusan bagi tanggungan kewangan daripada gaji bawa pulang anda
Nisabah hutang =_tanggungan kewangan__ X 100%
gaji bawa pulang
secara umum, tahap nisbah hutang yang selamat adalah lebih kurang 35 peratus daripada gaji anda, dimana 25 peratus terdiri daripada pinjaman perumahan.
Nisbah yang lebih tinggi daripada itu adalah tanda bahwa anda mungkin perlu menilai semula kewangan anda.